Monday, December 01, 2014

I'm graduated, people. part 1

Assalamualaikum si cantik si kacak semuaaa :)


 UiTM konvo ke-81, sidang 3

It's my convocation dayyyy, people!! *fireworks depan belakang kiri kanan*

''Tak payah nak poyo sangat la, diploma je ponn''
'' isyh suka hati orang laa'' *jeling*


Acap ni selamba je rampas bunga kibas kat muka aku
Nasib sayang!

Finally~ it's happening! gituuu. HAHA

Jadi setelah menempuhi ranjau kehidupan sebagai pelajar diploma fisioterapi UiTM selama 3 tahun, akhirnya konvo jugak aku pada tarikh 23 November yang lalu. Alhamdulillah!!!

Tiga tahun untuk menghabiskan diploma adalah waktu yang sangat panjang dan susah bagi aku. Ya, orang mungkin kata 'belajar mana ada yang senang, semua sama je susah dia'. Tapi, untuk aku yang tak minat subjek Sains ni, terasa berjuta-juta-juta-juta kali susah dia! 

Aku tak pasti sama ada aku tak minat Sains sebab aku tak pandai Sains ataupun tak pandai Sains sebab tak minat Sains. 
Yang aku pasti, aku minat Matematik dan aku pandai Matematik! KAHKAHKAH *selebet je perangai puji diri sendiri :')* 

Walau pandai macam mana pon Matematik aku (masih memuji diri sendiri), aku  tak sambung dalam bidang Math pon.

Fisioterapi. Jauh sangat dari math. Sangatlah tulen ilmu Sains-nya. Teringat peristiwa turun naik bilik kaunseling semata-mata nak tukar aliran. Bukan setakat tak ambil Sains Tulen, tak nak ambil Sains langsung. Nak masuk kelas Akaun! HAHA

Aku selalu rindu perasaan belajar Add Math. Walaupun payah nak dapat jawapan, walaupun soalan macam tak logik tapi hati bahagia dan excited je nak selesaikan semuanya. 
Lain sangat bila kita belajar apa yang kita minat dengan belajar apa yang kita tak minat. Sepanjang 3 tahun ni, aku bermain-main dengan emosi. Kena tanam minat dalam bidang Sains. Kena baca banyak sangat fakta. Kena faham. Kena ingat. Kena lukis. Kena belajar tidur lambat. *nangis*

Setiap kali practical, mesti ada je insiden air mata. Siap nak berhenti belajar bagai. Sampai pernah terfikir apa 'worst thing can happen' kalau aku berhenti belajar. Kahkahkahh. 

Siapa suruh pilih Fisioterapi masa lepas SPM dulu kan. Padan muka! Jujurnya, aku pilih fisioterapi sebab nama dia nampak macam gah je masa tu. Kalaulah nama kursus tu Diploma Pemulihan Anggota, mungkin aku tak pilih tu sebagai pilihan pertama aku. Hahaha


kak nadiah pon kena fikir jgk apa worst thing
 happen kalau aku berhenti belajar tu. Haha
aku x kisah bunga sgt. Belon tu yg aku nak.
 tapi 5 minit je bertahan. Acap pecahkan! :'(

Aku tak faham kenapa bila konvo mesti ada adegan salam mak ayah, keluarga semua. Apa motif sebenar salam kat situ? Tapi aku salam jugak mak ayah sebab dorang nak balik dulu time tu okay.











okay, nantikan kalau ada part 2 tu. Hahaha. sekarang kena tidur. Esok kerjaaaa.

counting our blessings, people ;)