Tuesday, June 02, 2015

Peka

Assalamualaikum


Peka dengan keadaan sekeliling
Peka dengan perasaan orang sekeliling
Peka dengan perubahan orang sekeliling
Peka dengan apa yang telah berlaku 
Peka dengan apa yang sedang berlaku
Peka dengan apa yang bakal berlaku

Manusia tidak lahir-lahir sahaja ke dunia terus menjadi peka. Tapi kita kena berusaha untuk menjadi seorang yang peka. Itu pendapat aku.
Banyak kebaikan bila kita berusaha menjadi orang yang peka. Salah satunya, dapat membahagiakan orang lain. 

Dalam satu episod  fattabioni di tv alhijrah ada menyebut bahawa Rasulullah amat suka kepada orang yang menyebarkan berita gembira (tak tahu ni hadis ke apa :( sorry sbb tak berapa peka. huaaa ). Ini kan pula orang yang membuat saudaranya gembira. Lagilah Rasulullah suka.

Ni cukup untuk jadi satu sebab besar kenapa kita kena lebih peka, bukan? 
Peka --> dapat mengembirakan orang --> Disayangi Rasulullah. 
Takkan tu pon taknak lagi? Sekurang-kurangnya kita sama-sama cuba untuk lebih peka, okay? :)

Macam mana peka boleh membahagiakan orang lain?

Contoh kejadian 
1) Masa jaga nenek 
Kak Timah peka sangat dengan nenek. Taknak bagi nenek makan sorang-sorang. Ada satu tempoh yang kak timah tak nak makan malam. Tapi dia akan hidangkan makanan untuk nenek dan untuk aku sekali. Walaupun aku kenyang lagi, dia kata 'makanlah sikit teman nenek'. aku pon makan sekali. Bila makan berteman ni, nenek lagi berselera tauu. :')

2) Kenduri Kahwin Fana (majlis bertandang)
Dulang hantaran Fana tak cukup lagi masa tu, dia Wasep minta tolong belikan barang-barang makanan sikit sebagai hantaran. Tapi, sebab takde kenderaan aku tak dapat belikan untuk dia. Sampai kat rumah Fana, ayah dia dah belikan barang-barang tu. Ayah Fana siap mintak orang kedai tu balutkan terus makanan-makanan tu jadi macam hadiah. Jadi masa tu, ada dua bungkusan sama seperti bungkusan hadiah yang nak diletakkan atas dulang hantaran. Pelik kan? Memang pelik kalau letak terus atas dulang hantaran. Abang Fana dah bising suruh bukak pembalut tu, susun je makanan atas dulang. Dalam hati, aku pon sependapat dengan abg Fana. Fana masa tu diam je, dia ambil bungkusan tu terus letak atas dulang pastu hias-hias sikit. Fana kata kat abg dia 'takpe lah. Kesian kat abah, abah dah buat' 
Fana peka sangat dengan perasaan abah dia kan? Nampak tak bila kita peka, kita dapat menjaga perasaan orang lain?

Tadaaaa

Banyak lagi contoh peka yang yang boleh jadi teladan. Korang fikir sendiri lahh. Hahahaha..

Counting our blessings :)