Monday, August 10, 2015

August is her favourite month, katanya

Assalamualaikum

Tak tahu nak mula kat mana since sekarang 1137 pm baru mula tulis ni agak-agak pukul berapa siap. Esok kerja nak kena tidur. 

Jadi apa kata kita mulakan dengan menatap gambar hasil editan di bawah ini.

Tadaaaa

Terasa perempuan betul bila main edit-edit gambar ni tadi. Tolong percaya aku cakap, gambar ni yang paling okayyy and i am not do this anymore! Tadi aku siap pakaikan kau topeng muka pelik pelik lagi niat nak sabotaj. Tapi sebab harini birthday kau, aku tak nak la overshadow kau kannn. *Please appreciate usaha aku sekarang*


I can say that she is someone that i can count on everything.

Ni antara sebab-sebab kenapa aku cakap macam tu.

1. Bila tetiba battery phone kau nak mati, selamba je kau WhatsApp suruh dia salin kejap no. phone bos kau tanpa perlu explain panjang-panjang.

2. Walaupun kau cari dia masa perut lapar je, kawan kau ni masih jugak tak biarkan kau mati kelaparan.

3. Selain teman makan, dia jugak tukang teman pergi sana sini, pergi ambik itu ini, tolong bawak kereta bila kau malas atau mengantuk.

4. Bila tetiba mood kau macam swing sikit, call kawan kau ni suruh dia cakap je pape sebab kau tak nak cakap.

5. Bila kau kata weii tolong la jumpa akuuu. Kawan jenis ni akan cari kau ajak jumpa bila dia free walaupon masa tu kau dah tak rasa nak mengadu pape dah.

6. Tetiba beban kepala kau ringan sikit lepas cerita kat kawan kau ni. Sampai kau rasa eh dia ni ada bela pape ke apaa????

7. Jenis orang yang boleh terima teguran kau takde nak sentap ke apa dan boleh tegur salah kau!

Tu jela yang aku boleh ingat setakat pukul 12:24 am ni. Senang cerita kawan yang jenis tak berkira banyak dengan kita ni la yang boleh dipertimbangkan untuk jadi BFF till jannah gituuu. *pikah, kalau kau baca ni jangan nak sengih sangat!*

Yang aku tulis ni semua yang baik-baik je sampai nampak aku yang jadi watak antagonis kan? Alaaa dak pikah ni bukan nya layan aku baik sangat pon cuma sebab birthday dia kannn, aku bagi cannn la sikit!

Sebenarnya aku pon tak ingat macam mana boleh baik dengan pikah masa sekolah dulu. Aku lagi rapat dengan Mas. Tak silap aku, kitorang mula baik masa form 3 sebab memang masa tu semua orang baru nak baik sesama sendiri pon. Pastu rapat masa jadi exco asrama kot, form 4.  Disebabkan budak-budak gigs ni jenis tak boleh nak bincang serius. Semua benda nak buat main. So seingat aku la, kita start rapat sebab kita dua memang memain tapi memasing tahu bila masa nak tukar mode serius. Lagi satu aku rasa kau bincang dengan aku sebab aku ni nampak bijak kan kannn? ;)

So here is my doa for you, girl.

Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah, dalam rahmat Allah. Moga dimudahkan segala usaha, dimudahkan segala rezeki. Diberi kesihatan yang baik dan bermanfaat. Semoga Allah lorongkan hati-hati kita untuk kebaikan dan hindari dari kejahatan. Semoga Allah sentiasa beri hidayah untuk kita, semoga segala amalan kebaikan diterima dan perbuatan kejahatan diberi keampunan oleh Allah. Dikurniakan hati yang ikhlas, jiwa yang tenang. Jaga hati, jaga perasaan kauuu. Semoga berjaya dalam pelajaran, berjaya dunia akhirat, jadi orang bijak, baik hati dan lebih berkasih sayang! <-- PENTING
Semoga sentiasa gembira dan semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya. :)

Bila dah berjaya dan kau lupa aku, i will annoy you with my most annoying part. HAHAHAAHA

Happy Birthday Nuur Syafiqah Wahid. Thanks for everything and of course I love you!

p/s: masa aku mula taip ni 9 ogos, so consider 'harini' kat atas tu ialah 9 ogos  okayy :)