Saturday, August 27, 2016

Duo celebration

Bismillahirahmanirrahim.

** Awas gambar dan cerita mungkin tidak synchronize**

Sebenarnya serius dah tak ingat nak kena wish birthday Pikah dengan Shasha. Hihihi. 

Haii Kak Shasha yang birthday dia 25 Jun dan Kak Pikah 9 Ogos, kata orang better late than never kann?

Masa Pikah dengan Shasha datang minggu sudah memang aku ada plan belikan dorang kek birthday tapi disebabkan minggu tu stress asyik kena bambu je dalam meeting gara-gara statistik tak tercapai, iolls terus bersedih dan terlupa perihal kek. 

Jadi, ini lah antara manusia yang paling aku nak jumpa kalau balik Melaka. 

Obviously IKEA obviously shasha
Shasha orang yang banyak teman aku masa aku jaga nenek dulu. Aku appreciate sangat benda tu sebab banyak yang jadi dalam tempoh tu. Tak dapat sambung degree, apa yang aku rasa bila semua kawan2 tengah buat degree tapi aku tak dapat. Jauh dari mak, nak jaga nenek tapi tak tahu masak, dengan nenek yang asyik serba salah sebab rasa menyusahkan aku nak uruskan dia. Aku okay je jaga nenek, sebab nenek tak renyah bila sakit, nenek berlapang dada terima semua kekurangan *if you used to know my nenek, she is very particular about everything sampai dulu nak buat air untuk nenek pon tak berani sebab nanti adalah itu ini tak cukup kat mana-mana*. At least bila aku keluar dengan Shasha, aku bagi masa untuk diri aku, aku bagi masa untuk nenek.



Shasha ni lembut hati tau orang dia. Suka sangat masak. Shasha cakap dia harap suami dia nanti jenis yang suka makan. Semoga tercapai hasrat kau yang satu ni sha! Aminn.

Ataupon, kau masak jelah nanti aku datang makan ;)

Kami pergi tengok ini!
Kadang-kadang shasha faham apa aku rasa, tak tahu macam mana! Pernah dulu ada problem apa entah, shasha cakap  macam ni, "Kau tu ziha, masalah orang kau tahu nak handle, tapi bila turn kau ada masalah, tak pandai nak handle" *kena hempap batu atas kepala* HAHAHA

Kadang-kadang aku bukan taknak handle masalah aku, tapi malas nak fikir. Kalau fikir nanti penat. So selalunya aku bagi masa untuk diri bertenang dulu pastu baru cari solution.

Kak Nadiah with director and actors

Shasha yang selalu layan aku kalau macam eh tetiba nak belajar buat brownies laa. Dengan shasha bolehlah manja-manja sikit. Kalau Pikah tu, sejak dua menjak ni barulah berlembut sikit orangnya. Eh almaklumlah! 
Tapi lepas tu haruslah aku angkut Pikah sekali dalam plan brownies even masa tu kaki dia terseliuh tak boleh jalan sampai kena pergi emergency. Bhahaha

Shasha : Nak ambik Pikah ke? Kaki dia macam teruk je sampai pergi emergency malam tadi.
Me : Eh kena ambik dia. Kaki dia sakit, tangan boleh buat kerja lagi!

No other pic bcoz too lazy to scroll gallery
Pikah pulak sejenis yang tahu-tahu je timing bila nak call aku. Selalu memang dia yang call pon. Walau sekarang dah tak selalu maybe sebab senang jumpa. Bila dia ada problem dia call, bila aku yang ada problem pon dia jugak yang call. HAHAHA. 
Aku tak suka cakap dalam phone lama-lama sebab nanti telinga panas dan lagi prefer cerita depan-depan barulah siap boleh buat ekspresi lagi! Tapi lepas cerita dalam phone, selalunya ringan jugak sikit tekanan tuu. HEHE tq :')

Pikah ni jenis pengingat orang dia. Tiba-tiba nanti dia boleh recall things yang entah zaman bila entah. And aku pon kena ingat balik, ohhh yang tu macam ni bla bla bla blaa. Kalau shasha dia tak berapa ingat sangat. hihihi. Kalau aku tak tahu la pulak ingatan aku ni cemana :D .
 Im not comparing them okayy. Semua orang memang ada lebih kat mana-mana, ada kurang kat mana-mana. Termasuk aku.

KAKAKA gambar yang tak di post di social media boleh di blogkan

Kepada Shasha dan Pikah, aku doakan yang baik-baik untuk korang. Aku tahu dalam gurau senda kadang ada silap sana sini, dalam menegur kadang ada terlebih sana sini. Sorry kalau aku tegur selalu berlebih-lebih. Sebab kita rapat, aku pon expect korang tegur aku bila aku silap. Thanks for staying with me. Of course i love both of you :)

Aku pon ajak dorang pergi teater bilik sempit bertajuk Make a wish. Show kat Projek Bilik Sempit dah mahal sikit, tiket harga RM20 dulu harga RM15 je. Tapi takpe lah, support la dorang yang nak berseni ni. Asalkan ada isi.




Tengok teater ni kena belajar baca yang tersirat dari yang tersurat.

Pastu tetiba sorang pelakon dia tu, satu batch dengan Pikah kat Matriks Melaka. Yang mana entah yang sebelah shasha tu kot.



Oh ya, tengok teater haruslah angkut Kak Nadiah sekali. Kak Nadiah pulak haruslah angkutlah Kak Mira sekali kannn. HAHAHA

Crews and audience

One good things about GIGS is WE accept flaws *walau kena bahan*. One day i wish to write about GIGS. How we live with laughter, tears, fears and growth together. Tak tahu one day tu bila. KAKAKAKAKAKA



Counting our blessing, people :)




Monday, July 18, 2016

Happy Birthday Cikgu

Bismillahirahmanirrahim

This is going to be a special entry to my jauh-dimata-dekat-di-hati sister *Aceceh* 


Hai Kak Fisha,

Aku tak selalu buka pekung di dada ni, tapi nak tahu satu benda tak? Walaupun kau yang selalu nampak macam selalu nangis, tapi kau tu sebenarnya yang paling kuat, sekurang-kurangnya antara Aku, Kau dengan Kak Nadiah. HAHAHAHA. 

Itulah sebabnya Allah tempatkan kau kerja jauh dari family, jauh dekat Sarawak sana, duduk di pedalaman antara Orang-orang Iban yang lain bahasanya dari kita. Lain makanan, budaya, perangai. Semua tu sebab kau MAMPU. 
Kak Nadiah kerja KL, setiap hujung minggu boleh balik rumah. Aku kerja PPUM lagilah siap duduk rumah mak lagi *tapi iolls Form 1 lagi dah duduk hostel ;P  #TaknakKalah *.

Astaghfirullah


15 Julai - Selamat Hari Lahir Cikgu Nafisah!

Happy birthday yang ke 25 tahun. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah walau kat ceruk mana pon yang kau masuk. 
Semoga dikurniakan jodoh yang mendekatkan kita kepada Allah. Semoga bertambah ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi kepada orang lain. Semoga diberi kesihatan yang sempurna. 
Semoga sentiasa menjadi penyejuk mata mak dan ayah. Semoga Allah berikan kesabaran dan ketabahan menempuhi segala bentuk cabaran dan ujian(BACA :adikmu)
Semoga dimudahkan urusan di sekolah. Semoga dikurniakan anak murid *dan rakan sekerja* yang mendengar kata, bijak pandai, senang diajar, comel dan menyejukkan hati.
Semoga diberi rezeki melimpah ruah hingga ke ladang gandum dapatlah kiranya kami menumpang sekaki dua.
Semoga terus kuat dan bersabar di Sarawak. Pasti ada ganjaran bagi orang yang bersabar! Seterusnya menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Last sekali, kot-kot terjumpa Noh dekat Miri tu jangan lupa ambik gambar dia sorang-sorang untuk aku. Sementara kau diizinkan utk bergambar dengan Mizz Nina ;D


We love you, Uda!

p/s : Ni hadiah sebab dengar cerita orang Sarawak tu rindu orang semenanjung.

Tuesday, January 05, 2016

Go and do your assessment

Assalamualaikum!

Baru perasan yang banyak gila draft dalam blog ni. HAHAHAHAAA
Semua jenis yang tulis sekerat-sekerat tak habis dan tak boleh nak publish. HAHAHAHA untuk diri sendiri!

So, i'm promising myself untuk tulis jugak entry pasal umrah sebab best gilaaaaaaa weiii kat sanaaaaa :') Omaigoshhh! Sampai sekarang, kalau teringat atau terbayang moment kat Madinah atau Mekah, aku boleh tersenyum bahagia sorang-sorang. Ahh rindunya nak ke sana lagiiiiiii :(

Tapi sekarang banyak gila assessment kena hantar kat Mirul. Aku dok tahan-tahan sebab assessment. Tapi assessment tak jalan jugak weiii. Acane? hahaha

So, aku kena siapkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 assessment harini jugak sebelum aku membenarkan diri sendiri untuk menulis entry pasal umrahhh. Im so excited walaupun tak pandai menulis. Kahkahkahh! Ahh lantak lah, at last entry ni untuk aku jugak yang baca kannn. Kekeke

So byeeeeee.
Apehal entah tetiba muka bolat macam ni

Counting our blessing people :)