Monday, July 18, 2016

Happy Birthday Cikgu

Bismillahirahmanirrahim

This is going to be a special entry to my jauh-dimata-dekat-di-hati sister *Aceceh* 


Hai Kak Fisha,

Aku tak selalu buka pekung di dada ni, tapi nak tahu satu benda tak? Walaupun kau yang selalu nampak macam selalu nangis, tapi kau tu sebenarnya yang paling kuat, sekurang-kurangnya antara Aku, Kau dengan Kak Nadiah. HAHAHAHA. 

Itulah sebabnya Allah tempatkan kau kerja jauh dari family, jauh dekat Sarawak sana, duduk di pedalaman antara Orang-orang Iban yang lain bahasanya dari kita. Lain makanan, budaya, perangai. Semua tu sebab kau MAMPU. 
Kak Nadiah kerja KL, setiap hujung minggu boleh balik rumah. Aku kerja PPUM lagilah siap duduk rumah mak lagi *tapi iolls Form 1 lagi dah duduk hostel ;P  #TaknakKalah *.

Astaghfirullah


15 Julai - Selamat Hari Lahir Cikgu Nafisah!

Happy birthday yang ke 25 tahun. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah walau kat ceruk mana pon yang kau masuk. 
Semoga dikurniakan jodoh yang mendekatkan kita kepada Allah. Semoga bertambah ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi kepada orang lain. Semoga diberi kesihatan yang sempurna. 
Semoga sentiasa menjadi penyejuk mata mak dan ayah. Semoga Allah berikan kesabaran dan ketabahan menempuhi segala bentuk cabaran dan ujian(BACA :adikmu)
Semoga dimudahkan urusan di sekolah. Semoga dikurniakan anak murid *dan rakan sekerja* yang mendengar kata, bijak pandai, senang diajar, comel dan menyejukkan hati.
Semoga diberi rezeki melimpah ruah hingga ke ladang gandum dapatlah kiranya kami menumpang sekaki dua.
Semoga terus kuat dan bersabar di Sarawak. Pasti ada ganjaran bagi orang yang bersabar! Seterusnya menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Last sekali, kot-kot terjumpa Noh dekat Miri tu jangan lupa ambik gambar dia sorang-sorang untuk aku. Sementara kau diizinkan utk bergambar dengan Mizz Nina ;D


We love you, Uda!

p/s : Ni hadiah sebab dengar cerita orang Sarawak tu rindu orang semenanjung.