|
Dataran Masjidilharam |
Masjidilharam
- Selalunya sejam sebelum azan, pintu masuk masjid akan di tutup sebab dah ramai dalam masjid. Yang lambat akan solat di dataran masjid.
- Bawak plastik/beg kecik untuk letak selipar dan bawak bersama masuk masjid. - Tiada kehilangan selipar!
- Kalau lambat, nanti solat dekat ruang yang bercampur lelaki perempuan.
- Kalau boleh dapatkan ruang solat yang boleh nampak kaabah. Kawasan ni biasanya sesak, orang bersempit-sempit jugak nak masuk saf walaupun takde ruang. Tapi masa kitorang tu banyak renovation so byk kawasan dikepung. Kwsn yang nampak Kaabah sangat terbatas. Kesian kat Mak tak selesa solat macam tu, so kitorang banyak solat kat bahagian atas, lebih selesa dan asing lelaki perempuan.
- Jalan-jalan melawat kawasan masjid sementara tunggu waktu solat/bila mengantuk. Ada kaunter dekat-dekat pintu yang distribute buku/pamplet agama kecik-kecik. Ada yang bagi biskut dan kurma bila lepas asar.
- Cari stokin yang ada biji-biji ni untuk tawaf. Masa tawaf, aku sarung je stokin mcm ni atas stokin biasa. Nak solat nnt bukak je. Kalau pakai stokin biasa je, nanti habuk banyak gila melekat dekat stokin, tak selesa nak solat. Habuk tak melekat dekat stokin biji-biji ni. Aku punya mmg jenis stokin bukan macam kasut bawah ni. Beli kat Madinah 10 riyal. Yang penting ada biji-biji ni.
|
gambar google |
- Elak pakai telekung panjang camni masa tawaf. Orang bersesak sampai telekung ni tertarik ke sana sini :'(.
Tak payah bawak kain telekung, pakai stokin je senang.
|
ni pakai kat madinah je okay? |
|
Telekung hitam ringan. power! |
- Tandas jauh kat luar, better bawak spray wuduk and doa tak nak buang air masa kat masjid. Sekali sekala boleh la melawat tandas dia kat bawah tu karang kena kecam pulak, dah pergi jauh-jauh tp tandas dia pon kau tak tahu cemana.
- Otw ke masjid untuk solat Asar, singgah beli makanan. Sebab lapar gila nak tunggu sampai Isyak nanti perut masuk angin.
- Bebas makan kat masjid(Paling best!)- Ada orang tu siap makan nasi lagi masa buka puasa. Selamba bawak thermos, tuang air panas dalam cawan. Tapi kena cari ruang yang sesuai. Kawasan atas sangat strategik
- Ada ramai orang akan share food masa petang-petang antara asar hingga ke maghrib tu. Kadang-kadang dia belah je roti dia, bagi orang sebelah sikit. Kadang-kadang kurma, kacang. Ambil je la sebab dorang memang nak bagi. Kadang-kadang dorang ambil kan air zam-zam hulur kat orang :)
|
Ruang belah atas. Tiada perebutan |
- Cleaner depa efficient gilaaa. Air tumpah, kejap je dia lap. Sediakan duit kecik, sedekah dekat cleaner, elak sedekah kat orang luar masjid (nampak meragukan)
|
Cleaner yg pakai tudung putih tu |
- Kalau ada peluang, tawaf banyak-banyak. Ohh kat masjidilharam takde solat sunat tahiyatul masjid, di ganti dengan tawaf sunat.
- Belajar cara-cara/bacaaan solat sunat jenazah sebab setiap waktu akan ada solat jenazah. Habis- habis je solat, kat sini takde baca doa tau, terus je berdiri balik untuk solat jenazah.
- Minum air zam-zam banyak-banyak! Sedapppp
- Ada banyak sangat ruang solat. Tingkat 1, tingkat 2, bawah tanah, belah dekat-dekat kaabah. Pergilah melawat masjid.
- Kalau sempat jalan-jalan dekat sekitar hotel, try makanan local sana. Kebab dorang best! Tapi kitorang tak jalan banyak ponn. Memang masa banyak kat masjid je, kesian pulak nak ajak Mak jalan banyak sangat.
|
Air mangga dia power! |
- Kalau sesat, doa jeeeeee! InsyaAllah jumpa balik jalan yang benar :p
Tu je kot setakat ni.
Blessed.
** kat sana panas terik, Mak baru tahu ada cataract sebelum pergi sana, pastu Mak selalu silau tak selesa. Kitorang pulak tak tahu and lambat belikan cermin mata hitam untuk Mak :'(