ni nak tanya sikit.
Memang semua orang kalau dah sign in blog, memang macam ni eh perangai dia?
MANA KAU KATA NAK UPDATE BLOG NYAA ZIHA OIII?
Dulu bila aku baca blog orang lain, dorang selalu guna ayat 'blog berhabuk lama tak update' aku macam.... pebenda kau ni? Okay lah kau mmg dah lama tak update, tapi asal berhabuk??
Sekarang bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru lah kau tahu! haha
Tapi aku tak nak tulis berhabuk jugak. Its just, haiiii lama tak lama nampak muka kauuuu *lelambai* Kekekeke
Hmm.
Macam-macam perasaan sebenarnya sekarang niiiii :'( .
Ada banyak nak tulis dari memula masuk kerja dulu, tapi sekarang dah tak tahu nak mula dari mana.
Niat asal masa mula blogging dulu supaya aku dapat tulis semua kisah gembira dalam hidup, supaya bila aku sedih atau bosan atau datang perasaan macam sekarang ni (aku tak tahu apaaa), aku boleh baca balik dan mengembirakan semula hati ni sekaligus menjadikan aku lebih bersyukur!
Tapi sebab tak tulis,ni sekarang nak baca apa hah?? jawab, jawab! Hahaha
Ada banyak je momen best dalam hidup yg aku pernah rasa nak di-blog-kan sbb aku suka sgt time tu. contoh; masa kerja SKP jaga istiadat konvokesyen. Sebab tu pengalaman baru sangat. Dapat lah pakai jubah degree, master, pakai ANC (utk pelajar cemerlang), dapat masuk dewan time sidang konvo berlangsung, dapat balik lambat sbb orang nak pulang jubah (thanks!), dapat makan taksedap dekat Dataran Cendikia ke apa entahh nama tempat makan sebelah Kolej Melati tu (syukur masih makan). Hahahaaaaa
Sekarang sebenarnya perasaan best tu dah takde sangat kot. Sebab dah lama kann, tp ni bila ingatkan sikit-sikit pon dah berbunga sikit hati. Hahaha #MudahTerhibur betul!
Ya, masih banyak yg perlu disyukuri.
Sekarang mungkin aku banyak sangat fikir. Tapi kalau kau tanya fikir apa? Aku pon tak tahu nak jawab apaa. Sebab aku pon tak tahuu. hahaha.
kalau tak fikir, otak kosong sangat pon tak suka jugak. Takut nanti memang dah hilang skill berfikir tu. Ya, pada aku berfikir tu satu skill/kemahiran yang kita kena latih.
Bagi aku, kalau dari awal kita tak mahu/mengelak/malas untuk berfikir (atau mengambil kisah) , lama-lama kita boleh jadi orang yang tidak berfikir langsung. Nauzubillah. Astaghfirullah :(
Okay mungkin akan start balik menulis ni. Mungkin pasal ilmu Physio kot? Supaya aku sentiasa refresh my knowledge and apply it correctly! Go zihaaa!
Istighfar atas istighfar :'((((((
counting our blessings, people :)
counting our blessings, people :)
No comments:
Post a Comment