Sunday, September 27, 2015

Aidiladha 2015

Bismillah, Assalamualaikum.

Disebabkan Raya Haji tahun ni jatuh hari Khamis yang mana Jumaat dan Sabtu adalah hari bekerja, jadinya Raya Haji tahun ni kita sambut dekat Klang je laa. Temankan mak ayah pulak dekat Klang. Selalunya aku, Kak Nadiah mesti balik masa Raya Haji sebab mak ayah memang tak balik Melaka masa Raya Haji. 

Jadinya bila raya rumah sendiri ni lain sikit la rutin diaa. Selalunya kalau dekat rumah nenek, pukul 7.30 pagi nenek dah bising suruh siap cepat-cepat terus pergi masjid. Kalau tak nanti masjid penuh la, takde parking kereta laa. Masa ni kalau kau pegang tuala lagi belum mandi, janganlah kau berlegar-legar depan nenek. Pergilah kau menyorok kat mana-mana sambil tunggu turn bilik air. 

Lain bila raya dekat rumah sendiri. Mak kata surau start solat pukul 8.15 pagi, pukul 8 masing-masing masih lagi berebut bilik air, yang baru nak iron baju lain. Mentang-mentang surau sekangkang kera je berjalan kaki dari rumah tak payah fikir parking penuh ke apa. Siap bila dengar orang surau tengah takbir lagi, dalam hati cakap 'okay tak solat lagi'. HAHAHA :')

Habis solat, siap-siapkan makanan nak sarapan. Aku beriya keluarkan kuah kacang yang aku masak, tapi tak dapat sambutan pon. Kau rasa kalau ada kuah masak lodeh, rendang itik, lemang, orang nak pandang ke kuah kacang tu? Takpe, tunggu aku belajar buat sate, mesti korang sampai terjilat jari siap mintak tambah kuah kacang tu lagi!

                              


Cerita masak kuah kacang ni, mak yang memula nak masak, aku tolong kacau-kacau je tapi alih-alih mana entah mak ni, aku pon teruskan je la sebab macam masak sambal je pon mak kata. Lepas dah siap masak, garam gula semua cukup rasa, aku pon confident gila tutup api. Memang sedap rasa dia! cuma masa tu dia dah jadi sambal kacang bukan kuah kacang! Siap pedas semua cukup rasa lahh. Memang sedap! Hahaha. Aku paksa kak Fisha rasa sambal kacang aku yang sedap tu, dia pandang aku serong je. 

Siap kata 
'Kau pergi google kenapa kuah kacang kau ni tak jadi kuah?'
'Wei sedap kot, kau rasa lah'
'Kuah kacang kena ada kuah. bukan macam sambal ni, bukan nak makan dengan nasi. Aku nak kuah'
'Dah sedap kot!'
'Kau pergi google!'

Lepas tu aku pon tengok buku resepi, alaa bukan susah sangat. Dia kata tambah air kalau pekat sangat. Lepas tu alter balik garam gula dia. Kecoh je tauu. Dah siap dah KUAH kacang tu. 

Cakap kat Ayah yang Ayah dah tua sebab anak menantu balik raya rumah ayah!
Siap-siap nak pergi qurban lembu
Ayah masih lagi gigih menyembelih dalam usia sekarang. Ya Allah, tolong beri kesihatan yang baik untuk mak dan ayahku, aku mohon padaMu.



Lelaki: Qurban Lembu 


Perempuan : Selfie AidilAdha. ;p



Petang tu, kitorang pergi tengok Polis Evo dekat Klang Parade. Sebab Akmal yang beriya ajak Kak mina tengok minggu lepas. Aku memula tak kasi nak tengok tapi sebab dah janji dengan Akmal dan Afiq. Lagipon taktahu nak tengok cerita apa. Afiq taknak tengok cerita cartoon pulak.

Sebab igtkan wayang tu sejuk sgt
Lepas nampak Syarifah Amani tweet puji Polis evo, barulah aku kata okay la pergi tengok(pengaruh artis betul!). Overall, okaylah cerita dia, sampai lah lawak yang dorang bawak tu. Zizan dengan Shaheizy Sam pon takde la buat lawak spesis melalukan diri sendiri macam cerita dulu-dulu tu. 

Tips untuk tengok wayang murah lagi-lagi masa public holiday atau weekend : pergi tempat yang tak ramai orang. Bukan mall yang besar-besar. (Eg: Klang Parade daripada Setia City Mall). Memang panggung dia kecik sikit tapi kalau beza harga 1 tiket dalam RM 3, 7 orang dah boleh save RM21 tau. Melampau betul harga 1 tiket sampai RM16 sekarang ni.



RM 21 tambah sikit lagi duit kan dah dapat makan Texas Chicken bawak balik utk mak ayah lagi
And yayyy Jumaat kerja. Sabtu kerjaaa. 
Adulthood is full of responsibility and no fun at all :(


Wednesday, September 09, 2015

Char Kway Teow...Gout

Assalamualaikum 


Banyak nak cerita tapi bila tulis tak siap-siap! HAHAHA
Ini nak kongsi pengalaman sikit untuk dijadikan pengajaran bersama. :)
Aku ada seorang patient diagnosed with gout. Referred to physio for gout and obesity management. Seriously, ni kira first time treat patient gout. Aku pon tak tahu sangat pasal sakit gout ni. Yang aku tahu, dorang ni banyak makan seafood *judgemental betul*.

Patient seorang lelaki Melayu umur awal 40-an. Berbadan besar dan menghidap penyakit gout dari umur 27 tahun (lebih kurang).  Sejak dari umur 27, sakit gout dia datang bila-bila ikut suka walaupun abang ni takde makan apa-apa seafood pon. Selalu gout abang ni attack dekat kaki sama ada pergelangan kaki ataupun dekat kawasan ibu jari. Kawasan lain yang mungkin sakit juga adalah siku, bahu, tulang belakang, lutut dan dada kadang rasa ketat. Sejak dari umur 27, dia tahan je sakit sebab nak kerja cari duit. Daripada boleh kerja berdiri, duduk, pakai tongkat, pakai kerusi roda, sampai boss pon tak boleh tahan dan abang ni terpaksa diberhentikan kerja atas faktor kesihatan. :'( 

Perkeso refer patient atas tiket 'Return to Work (RTW) Program' sebab konon nya nak bagi patient masuk kerja balik. Selalunya kes RTW ni macam kes accident yang patah tulang atau soft tissue injury yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh bekerja atau mengganggu prestasi kerja dia. So siapa yang dah mencarum dengan PERKESO tu, bolehlah claim untuk hal sebegini. Itu lah sebabnya penting untuk cari pekerjaan yang ada mencarum dengan PERKESO dan KWSP ni. Tapi, untuk abang ni rasanya susah dia nak kembali bekerja sebab sakit dia memang tak dijangka.

Okay berbalik kepada tajuk asal. Bila dah lama kenal, aku pon tanyalah macam mana boleh kena gout, muda lagi pulak tu. 

Diriingkaskan, masa tu dia baru jumpa satu kedai char kway teow yang memang sedappp gila la level paradise gituu *over*

Jadi, dalam pukul 6 petang, suspect (sebab macam takbest nak kata mangsa) pon pergilah order sepinggan Char Kway Teow Special untuk dirinya.
Kemudiannn, lepas maghrib suspect ulang lagi sepinggan Char Kway Teow Special.
Pukul 9 malam sepinggan lagi.
Pukul 12 malam sepinggan lagi.
Dalam Pukul 2 pagi sepinggan lagi.

Keesokan harinya lebih kurang waktu petang, suspect rasa sakit sangat mencucuk-cucuk (mungkinlah! aku dah tak ingat dia rasa sakit mcm manaa HAHAHAHAHAHAHAA). Tapi memang sakit la, dia cakap. Kaki tak dapat pijak sampai abang suspect bawak balik kampung untuk berubat. Beberapa hari kat kampung, barulah dia sedar yang dia terkena gout. The end.

Point dia kat sini, dalam masa satu malam tu je lepas dia makan dalam 5 pinggan CKT esok terus kena gout. Sendiri menyesal pon tak guna benda dah jadi. Jadi kita yang sihat ni beringatlah, bersederhanalah dalam apa jua hal. Walaupun sedap sangat atau suka sangat dengan satu benda tu, ingatlah esok lusa masih ada lagi. Islam kan mengajar kita untuk bersederhana :)

************************************

Jadi, saya terasa rajin pulak nak kongsi info mengenai gout ni. HEHE

Inilah dia info secara ringkas mengenai gout menurut pembacaan dan terjemahan (english ke Bahasa Melayu) seorang amatur dari saya.


Gout adalah sejenis keradangan sendi yang menyebabkan kesakitan secara tiba-tiba, kemerahan dan bengkak pada sendi, selalu menyerang ibu jari kaki. Boleh juga menyerang pergelangan kaki, lutut, jari tangan, pergelangan tangan, siku atau sendi-sendi lain. 
Terjadi disebabkan terlebihnya asid uric dalam darah. Asid uric terhasil daripada makanan yang kaya purin (ENG: purine. eg; meat, seafood, shellfish, organ meat- liver, kidney, brain)

Kebanyakkan asid uric akan ditapis oleh buah pinggang dan akan di buang melalui air kencing. Tapi, apabila buah pinggang rosak atau asid uric terlalu banyak, ia tidak dapat ditapis dan kandungan asid uric dalam darah bertambah dan menyebabkan terbentuknya crystals dan melekat pada sendi dan tisu badan. Dikatakan crystals asid uric berbentuk seperti jarum apabila dilihat di bawah microscope.
Lebih teruk lagi, apabila asid uric terlalu tinggi, buah pinggang akan tersumbat yang boleh menyebabkan buah pinggang tidak berfungsi dan pesakit boleh mendapat penyakit batu karang.

Risiko gout adalah kepada;
*obersiti, 
*makan high-purine food
*pesakit darah tinggi,
*medium to heavy alcohol intake,
*mempunyai masalah buah pinggang.

Sakit gout boleh berpanjangan sehingga beberapa jam atau beberapa hari. Ada yang terlalu sakit walaupun hanya terkena sentuhan ringan. Gout boleh menyerang anggota badan pada bila-bila masa walaupun tiada faktor yang memangkin gout. Serangan berterusan berkali-kali pada sendi akan menyebabkan keradangan kronik sehingga berminggu-minggu dan akan memudaratkan sendi terlibat.

Jadi, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

sumber dari 
webmd.com, emedicinehealth.com dan juga google translate.


Counting our blessing, people. Jaga kesihatan :)


Saturday, September 05, 2015

Pesanan boss

Pesanan efa dekat group whatsapp. Dia kata dia copy paste. Tp macam tak percaya je. Hahahaa. 

Motivasi kita bersama 💙 (sapa rajin je boleh baca sampai habis 😆)

MOTIVASI DIRI..
💛 Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan. 
💛 Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka. 
💛 Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
💛 Sedar ke tak.. 
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. ..Kita boleh sabar!
Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
💛 Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!
💛 Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!
💛 Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
💛 Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak suka. Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!
..Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari, bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3.. 
💛 Rumah kita macam tu jugak.. 
💛 Kenderaan...dahh naik panauuu
💛 Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
💛 Hidup seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita boleh sabar!
💛 Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah... Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?
💛 PERSOALAN NYA...
��Apakah impian anda?
��Apakah matlamat anda?
��Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
��Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
................
Buatlah BISNES dgn hati yg ikhlas kerana TUHAN..
√ Niat nak tolong org..
√ Nak meningkatkan   
   pendapatan..
√ Nak jadi jutawan dunia 
   akhirat..
Setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak berbakti dan berjihad di jalan Tuhan.

Goodnight fellow teammates 💙