Sunday, May 14, 2017

Gigs Balik Kampung

Assalamualaikum

With Pak cik Tuan Rumah
Satu kejayaan besar sebenarnya apabila rancangan bermalam di Janda Baik boleh menjadi nyata. Macam biasalah gigs ni banyak kepala, kena ada kesabaran yang tinggi kalau nak bincang apa-apa lagi-lagi kalau dalam group wasep.

Mula-mula plan ni Fini yang beri idea untuk bermalam di Kota tinggi ke Kota Linggi kat Melaka, tapi mak aii harga mahal nak mampus plus waktu yang kitorang nak tu rumah-rumah dah fully booked. 

Jadi, kita usha Janda Baik sebab tak jauh sangat, ada hijau-hijau pokok lagi, ada air sungai, harga homestay pon rasanya affordable. Memula cari kat google, harga homestay boleh tahan mahal siap ada limit orang untuk menginap, kalau lebih kena bayar ikut kepala. Smh.

Lepas tu aku terfikir untuk cari kat Facebook. Tak sangka sangat membantu. Lebih banyak pilihan dengan harga yang jauh lebih munasabah. 

6 Mei 2017
Ada 3 kereta semuanya. Aku, Nabila, Gary dari KL. Pikah, Mas, Kudut satu kereta. Fini, Farina, Maya, Fatin, Diela satu kereta. Budak-budak dari Melaka sampai Janda Baik lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Aku sampai homestay dalam pukul 1 petang. Jangan marah geng, Klang memang lagi jauh dari Melaka. *peace*

Calon menantu mak awak!

Sampai-sampai je dorang dah start memasak. Pergh tak ke syok dapat member macam ni? 



Lepas masak, terus makan. Lepas makan main kad. Disebabkan susah nak dapat line telefon apa lagi line internet dan Fatin pon beriya-iya nak simpan phone semua orang, jadi aktiviti kitorang kat sini memang makan-makan, main kad UNO, main kad Happy Family, Snap, dam ular dan dam haji. Tapi lain macam sikit main UNO ni, sebab semua betray each other termasuklah member yang dah tolong kau tadi demi memastikan tiada siapa yang boleh UNO Game.

Main sambil kunyah kuaci. Anak dara!
Guess what? Sungai dia depan rumah je gaisss. Tapi rumah ni belah atas sikit, jadi kena turun ke bawah sikit untuk sampai ke sungai. Takdelah dekat sangat, still kena kunci rumah bila nak ke sungai tapi dari rumah memang dah boleh nampak sungai.


Lepak-lepak kat tepi sungai, malas nak masuk sungai sebab baru lepas hujan jadi air dia keruh. Ingatkan kat Melaka je Ayer Keroh, kat sini pon ada jugak guys.



Lepas tu jalan-jalan konon nak tengok kampung. Sudahnya, orang yang banyak tengok kitorang. Apehal la budak perempuan ramai-ramai memekak-mekak jalan macam takde arah tujuan.


Owner kata, homestay ni dah dekat dengan starting point untuk pendakian ke Gunung Nuang. Kitorang terpusing-pusing jugak nak tengok mana satu Gunung Nuang tapi hampa. Selain orang yang pandang kitorang pelik-pelik, takde satu pon calon sesuai untuk ditanyakan arah ke Gunung Nuang.



Homestay yang kitorang duduk ni memang jauh dekat hujung kampung. Dan kitorang pon bukan rajin sangat nak jalan jejauh, jadinya patah balik ke rumah jela sambung main UNO.

Lebih kurang pukul 6 petang, dah start hidupkan api nak buat BBQ. Thanks kakak Fini tolong perapkan ayam untuk dibakar. Sedap!

Orang kuat BBQ. Aku maksudkan Fini. HAHA
Gila, bukan senang nak bakar arang buat bara api. Dari arang besar-besar, pecahkan jadi kecik-kecik. Lepas tu macam tak jadi jugak, stop pecahkan arang, bakar balik yang gedabak besar-besar tu. Kitorang dah pakai fire starter, tayar (tapi pakai sikit je sebab Pikah kata takut ayam ada bau tayar nanti), tapi susah jugak. Aku dah try jugak kipas, tapi dorang gelakkan aku je. Kongasam betul! 


Semua orang pon bergilir-gilir try hidupkan api dengan teknik kipasan masing-masing. Tapi Farina yang paling kuat kipas sampai api hidup. Datang orang lain kipas jugak, api pon padam. Haha. Farina kipas balik bagi api hidup, berterusan sampailah dah banyak sikit bara api. 

Hero. Hero 6.

Nampak tak tong yang memula ni besar?

Diela try hidupkan api pakai minyak
Tak boleh jadi, tong besar jauh dari ayam nanti ayam lambat masak. Nak hidupkan bara ni pon kemain susah.  Nasib baik Tuan Rumah ada banyak set BBQ ni, jadi kita tukarkan bara api ke tempat bakar yang kecik sikit. 


Mas dengan Fini rilek je angkat tong ni 2 orang. Masa kitorang pulak yang nak alihkan tong, siap panggil 4/5 orang tolong angkat. Pastu kena jeling dengan Fini!


Bila api dah stable, bara api dah menampakkan cahaya keimanan, barulah kita boleh lebih sikit take over. Bukan apa, tadi dah banyak kali kena marah sebab tolong padamkan api Farina.


Yeayy dah boleh start bakar ayam! 


Sementara kat luar bakar ayam, orang kat dapur dah start buat Megi Goreng, goreng fries dengan nugget siap buat Teh Tarik! Takde gambar, siapa suruh bukak tudung. Hahhaha.

Kudut bawak dari Melaka :)


Megi goreng pon tak sempat di-snap. Semua kelaparan masa kipas ayam, terus ngap masuk mulut. Sedap weii Kudut masak megi goreng.

Gary, Fini, aku, Farina, Diela, Mas
Baru perasan Pikah buat apa ek time ni selain sibuk dengan kain batik dia tuu? 


Waktu dah maghrib tu semua orang dah berlengas gila. Penat kipas ayam. Bila ayam-ayam dah nak habis dibakar, sorang-sorang ambil turn mandi dan solat.
Untung keje kat dapur, boleh pegi mandi.


Wuhuuu
Ayam dah siap, semua orang pon dah mandi. Sebelum makan, kita adakan malam kebudayaan dulu. Hiks.




Persiapan sebelum ambil gambar.




Lagi.
 



Lagi.





Lagi.



Lagi.



Dah penat perut dah lapar, bentang surat khabar, susun-susun makanan, dah boleh start makan! Sambil tengok bola Melaka lawan JDT. Kemain seronok sebab Melaka seri 1 sama dengan JDT. Of course not me. Zaman aku gila-gila layan bola, masa kegemilangan Selangor masa darjah 6 dulu. Siap beli majalah bola sepak yang ada poster pasukan Selangor! Smh.



Habis makan, habis kemas-kemas, dah start bentang tilam kat luar. Untung ruang tamu dia luas, semua orang dapat tidur luar. Bilik memang buat perhiasan je.



Sebelum tidur, mestilah main kad dulu. Main Happy Family tapi 1 round je sebab tak larat nak kena ingat orang ni mintak family apa tadi, orang ni dah dapat family apa tadi. Sambung main Snap lagi best. Punyalah nak Snap kad, orang atas pon tepuk tangan kau. Haaa kan sedap. Aku sampai dah takde suara nak cakap snap, tu pon kena marah!

Lepas dah penat main kad, dah bedtime story, cerita angan-angan masing-masing, sorang-sorang start tidur. Nabila, gary dengan maya awal-awal dah tidur masa kitorang main game lagi. Lebih kurang pukul 3 pagi jugak kot start tidur. Last waktu aku nak tidur tu, Mas dengan Pikah bercerita lagi. Entah pukul berapa dorang tidur.

Day 1, The End.


Alhamdulillah, Blessed. 

No comments:

Post a Comment