Monday, September 04, 2017

Family day KHO part 2

*awas untuk gambar yang banyak*

8.30 pagi - Sukaneka.
Games - 
1) Masukkan air dalam botol guna span (untuk kanak-kanak)
- rupa-rupanya semua orang tak pandai main! Afiq dengan Akmal pon tak pandai main. Korang tak main ke benda ni masa tadika dulu?
 

2) Lari/lompat dalam guni (dewasa)

Sebenarnya ada acara lari dalam guni untuk kanak-kanak (guni lain dari orang dewasa). Tapi disebabkan ada incident jari kaki Sobri cedera masa lari dalam guni, kitorang batalkan acara untuk kanak-kanak.

3) Jalan pakai batu- bata (dewasa)

4) Pass getah guna straw (campur dewasa & kanak-kanak)

5 ) Pass belon air. 
Sepatutnya baling ke belakang, tapi korang tahu lah bila sedara mara tawar menawar ni, terus bertukar arahan, passing berhadapan. Bahaya betul konsep sedara mara ni. Hahaha.
More photos


Bincang strategi

6) Last games ni request dari Mak Ina - bola beracun.

Ada gambar kumpulan kuning je sebab lepas tu, cameraman (Amir) pon join bola beracun. And me as well! Iyalah ni je games yang kitorang boleh join. Sobs

And kumpulan biru menang keseluruhan, yeayyyy!
Merah nombor 2, kuning nombor 3 . HAHAHA :P

Last dari AJK yang tak cukup korum.
not ready but this is the ONLY photo we have
Special thanks to all AJKs for the hardwork before/during/after the event. Not in the pic : Mamat and Afiq, both from makanan.

And thanks to Amir, Tuan pengerusi yang berkorban jadi photographer, for all the beautiful and living (kata KNadiah/KFisha- sorry tak ingat) photos! 

May Allah reward you with good, everyone.

Till we meet again.

Blessed. Alhamdullilah :)

Family Day KHO 2017

Bismillahirrahmanirahim.


Tugasan aku untuk family day kali ni, AJK games untuk slot Ahad pagi, bersama Kak Fisha, Rahman dan Sobri.

Jenuh jugak nak fikir games apa nak main since lingkungan umur adalah antara 3 ke 63 tahun dan jumlah yang hadir adalah lebih dari 50 orang. Sama masa nak fikir step aerobik, memang tak dapat finalised step. Step yang ada dah banyak dalam kepala, tapi asyik terfikir je, eh sesuai ke ni, pakcik makcik ni boleh follow ke? Bila slow down sikit step, rasa macam ehh tak fun la pulak.

Hari Jumaat malam baru finalised step dengan Kak Nadiah. Ni dah habis slow dah step tuu. Kira jadi jela tuuu. Dan esoknya aku masih perlu bekerja. #sad

Sabtu -26 Ogos 2017
Habis kerja pukul 5, terus gerak ke Astra Orchad Villa Hulu Langat. Boleh tahan ke dalam juga tempat ni. Sampai sana lebih kurang 6.30 lepas pusing-pusing cari pelampung untuk budak-budak kecik ni.

Ada lebih kurang 6 buah bilik untuk Pakcik Makcik, 2 dorm untuk team remaja muda belia (lelaki & perempuan), surau, kolam renang dan tempat memasak.

BBQ
Menu BBQ import dari Melaka oleh Mamat. Menu malam tu nasi goreng oleh Mak Ina.
Orang kuat : Afiq and Rahman plus K Nadiah

Aktiviti dalam surau sementara team kat dapur siapkan BBQ


Iffah!
Malam tu dah mula aktiviti antara kumpulan. Terima kasih kat Mak Ina dan Achik for preparing the games so kami AJK games dapat terlibat kumpul mata untuk kumpulan. Hehe.
Biru mendahului untuk malam pertama

Ahad - 27 Ogos 2017
6.15 pagi - Solat subuh & Slot Pak busu - 'Keluarga adalah Tempat Pulang'.

7.00 pagi - Aerobik.
Ajak Kak Nadiah sekali untuk conduct aerobik since Kak Fisha mcm helpless gila bila kata nak aerobik.


Punya lah payah nak kumpul orang untuk aerobik pagi ni sampai Amir kata catit kehadiran, tambah mata untuk kumpulan. And guess what? Kehadiran kumpulan biru paling sikit. Cehhhh
Pak Ngah & Pakcik Ghani :)

Sebenarnya dah lama tak fikir step aerobik. Last dulu masa practical kat Hospital Ipoh kena conduct kelas obesiti. Lepas tu dah asyik follow Lela & Isney je. 
Mujahid pegang Akmal sebab nak elak jatuh :D
Lagu aerobik pon sebenarnya dah download lagu Baby Shark tapi bila fikir masa untuk aerobik jadi lama sangat, so kita cancel Baby Shark. Takde rezeki Mujahid dengan Asyraf :'D



Lepas aerobik, sarapan : roti canai, nasi lemak 
Tempat makan dan masak

Sukaneka start lepas sarapan pagi.

**Bersambung sebab panjang sangat. :'D