Tugasan aku untuk family day kali ni, AJK games untuk slot Ahad pagi, bersama Kak Fisha, Rahman dan Sobri.
Jenuh jugak nak fikir games apa nak main since lingkungan umur adalah antara 3 ke 63 tahun dan jumlah yang hadir adalah lebih dari 50 orang. Sama masa nak fikir step aerobik, memang tak dapat finalised step. Step yang ada dah banyak dalam kepala, tapi asyik terfikir je, eh sesuai ke ni, pakcik makcik ni boleh follow ke? Bila slow down sikit step, rasa macam ehh tak fun la pulak.
Hari Jumaat malam baru finalised step dengan Kak Nadiah. Ni dah habis slow dah step tuu. Kira jadi jela tuuu. Dan esoknya aku masih perlu bekerja. #sad
Sabtu -26 Ogos 2017
Habis kerja pukul 5, terus gerak ke Astra Orchad Villa Hulu Langat. Boleh tahan ke dalam juga tempat ni. Sampai sana lebih kurang 6.30 lepas pusing-pusing cari pelampung untuk budak-budak kecik ni.
Ada lebih kurang 6 buah bilik untuk Pakcik Makcik, 2 dorm untuk team remaja muda belia (lelaki & perempuan), surau, kolam renang dan tempat memasak.
BBQ
Menu BBQ import dari Melaka oleh Mamat. Menu malam tu nasi goreng oleh Mak Ina.
Orang kuat : Afiq and Rahman plus K Nadiah |
Aktiviti dalam surau sementara team kat dapur siapkan BBQ
Iffah! |
Biru mendahului untuk malam pertama |
6.15 pagi - Solat subuh & Slot Pak busu - 'Keluarga adalah Tempat Pulang'.
7.00 pagi - Aerobik.
Ajak Kak Nadiah sekali untuk conduct aerobik since Kak Fisha mcm helpless gila bila kata nak aerobik.
Punya lah payah nak kumpul orang untuk aerobik pagi ni sampai Amir kata catit kehadiran, tambah mata untuk kumpulan. And guess what? Kehadiran kumpulan biru paling sikit. Cehhhh
Pak Ngah & Pakcik Ghani :) |
Sebenarnya dah lama tak fikir step aerobik. Last dulu masa practical kat Hospital Ipoh kena conduct kelas obesiti. Lepas tu dah asyik follow Lela & Isney je.
Mujahid pegang Akmal sebab nak elak jatuh :D |
Lepas aerobik, sarapan : roti canai, nasi lemak
Tempat makan dan masak |
Sukaneka start lepas sarapan pagi.
**Bersambung sebab panjang sangat. :'D
No comments:
Post a Comment