Selain ia adalah tuntutan agama, sebenarnya mengapa orang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah?
Kalau aku, ni antara sebabnya :
Kalau aku, ni antara sebabnya :
Jabir r.h.u meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda '' Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di masjid lainnya, melainkan di Masjidil Haram. Satu solat di Masjidil Haram lebih baik dari seratus ribu kali solat di tempat lain'' (HR Ibnu Majah dengan sanad yg sahih)
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan kapal terbang. Kami sampai di airport Jeddah lebih kurang pukul 1.30 pagi waktu Jeddah. Waktu di Jeddah pula lambat 5 jam dari waktu Malaysia, jadi di Malaysia lebih kurang jam 6.30 pagi.
Air Asia X |
Airport Jeddah
Sampai je Jeddah, bermulalah dugaan sebagai tetamu Allah. Kami melepasi imigresen lebih kurang 5.30 pagi. Lebih kurang 4 jam menunggu dan beratur! (Tp menurut org lain, ini dikira cepat). Aku memang nak mengamuk dah kat situ. Punyalah perlahan pak Arab tu buat kerja. Siap bersembang-sembang lagi. Padahal orang beratur panjang. Aku okay lagi nak tunggu, tapi ada orang tua-tua.
Kata Mutawif, jangan marah-marah, memang begitu kerja mereka. Anggaplah ini ujian kesabaran dari Allah untuk menjadi tetamuNya. Hmm tak boleh nak sambung marah.
Jeddah |
Kitorang solat subuh di Airport dan lebih kurang pukul 7.15 pagi bergerak ke Madinah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam.
Masa nak naik bas ni, ada ramai orang entah siapa-siapa entah tolong angkatkan beg masuk dalam tempat letak beg dalam bas tu. Sebab pemandu bas tak macam kat Malaysia tolong susunkan beg. Ni semua angkat sendiri, beg jadi bersepah dan banyak makan ruang. Orang-orang ni tadi la yang akan angkatkan beg masukkan jugak sampai muat. Tapi dorang ni bukan buat kerja free free je. Nanti dia hulur tangan cakap 'sadaqah haji, sadaqah hajjah'. Kena hati-hati. Duit yang ada kat tangan pulak semua duit besar-besar sebab baru tukar matawang. Paling kecil pon 50 riyal lebih kurang RM53. Amboi agak-agak lah engko nak suruh hakak sedekah sampai 50 riyal kat tempat orang. Teringat pesan Omer, kat sana jangan minta tolong orang sebarang, dorang semua ambil upah.
Madinah Al-Munawwarah
Madinah sangat besttttt. Tenang, aman, sejukkkk. Heee Im so in loveee :)
Cik Lia kata mungkin sebab jasad Rasulullah ada kat situ. Entah? Tapi serius Madinah sangat loveable. Dan betullah nasihat yang kami terima untuk beli segala kurma, kismis, kacang-kacang di Madinah berbanding Mekah. Harganya lagi murah dan lagi banyak pilihan.
Masjid Nabawi
|
Abu Hurairah r.h.u meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ''Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi di Al-Madinah Al-Munawwarah) adalah lebih baik dari seribu kali solat di tempat lain kecuali di Al-Masjidil Haram'' (HR Bukhari)
Banyakkan pahala solat di Masjid Nabawi? :')
Masjid Nabawi ni besar sangat dan kitorang tak sempat pusing-pusing tengok Masjid sebab stay kat Madinah 3 hari 2 malam je rasanya :(. Lagi pulak, Masjid Nabawi asingkan tempat solat wanita dan lelaki tak macam Masjidilharam.
Sepanjang kat Madinah haritu payung besar atas ni tak pernah tertutup ponn. Orang kata waktu malam payung ni sepatutnya tutup, siang dia bukak sebab nak redup dari cahaya matahari. Tak tahu la cuaca sejuk sangat ke waktu tu so dia tak tutup ke. Entah. Takde rezeki nak tengok. Maybe next time!
Masa kat Madinah ni la baru nak adapt perubahan cuaca, perubahan aktiviti, perubahan masa. Selalu je aku tak dapat tahan mengantuk lepas Solat Maghrib sementara nak tunggu Isyak tu. Sayang sangat kalau nak balik antara Maghrib dan Isyak. Sebabnya masa singkat je dalam pukul 5.33 petang dah Maghrib dan Isyak pukul 7.03 malam. Dan kalau keluar nanti susah nak dapat solat dalam masjid sebab ramai orang.
Nak masuk masjid Nabawi ni, ada polis wanita jaga kat bahagian pintu solat wanita. Dia check beg. Katanya tak boleh bawak phone masuk sebab tak nak orang ambil gambar dalam masjid dan ternampak aurat jemaah wanita lain. Tapi aku bawak je phone, simpan dalam beg tempat zip kecik. Sebab dia check yang tempat zip besar tu je. Ataupun letak kat poket seluar. Hihihi
Jadi, aku doa agar bila aku ambil gambar kat atas ni, takde la aurat jemaah yang terdedah, InsyaAllah.
Aku suka solat kat kawasan luar Masjid Nabawi sebenarnya, sebab kawasan terbuka, angin bertiup dingin, pandang atas ada langit terbentang cantik. Tapi angin sejuk sangat, Mak dengan Kak Fisha tak selesa.
Tengok gambar bawah ni Masjid Nabawi. Yang tengah-tengah tu lah Kubah Hijau. Kat bawah situlah ada makam Rasulullah dan Raudhah. Satu petak besar ni semua Masjid Nabawi tau. Yang tepi belah kanan gambar tu lah payung putih besar yang boleh bukak tutup bukak tutup tu.
Gambar Masjid Nabawi di Muzium Dua Masjid. Ayah kata Imam memang kat tengah2, ada makmum depan imam |
Masjid Quba'
Masjid Quba' ialah masjid pertama yang dibina Rasulullah yang kita belajar kat sekolah dulu, yang atapnya dibuat dari pelepah tamar.
Masjid Quba' ni kita akan singgah untuk solat 2 rakaat. Biasanya solat sunat Tahiyatul Masjid dan kalau sempat boleh la buat Dhuha 2 rakaat.
Bukit Uhud
Peperangan Uhud yang terjadi sewaktu zaman Rasulullah diambil sempena nama Bukit Uhud. Disini juga terdapat Perkuburan para Syuhada'
Mak dah start sakit mata time ni :( |
Dari Sahal bin Hanif r.h.u Rasulullah s.a.w bersabda ; Sesiapa bersuci(berwudhuk) dirumahnya, kemudian dia datang di Masjid Quba, lalu dia sembahyang didalamnya suatu sembahyang, dia memperoleh pahala seperti mengerjakan satu umrah. (HR Ibnu Majah dan Hakim dan disahkan)
Masjid Quba' ni kita akan singgah untuk solat 2 rakaat. Biasanya solat sunat Tahiyatul Masjid dan kalau sempat boleh la buat Dhuha 2 rakaat.
Bukit Uhud
Peperangan Uhud yang terjadi sewaktu zaman Rasulullah diambil sempena nama Bukit Uhud. Disini juga terdapat Perkuburan para Syuhada'
Sepanjang kat sini, elok sangat kalau sentiasa jaga wudhuk. Sebab ada banyak masjid dan kalau sempat, mutawif akan bawak ke beberapa masjid yang terkenal. Rugi kalau tak dapat solat sebab takde wuduk. Aku pernah amik wuduk dalam bas je guna spray. Ambik wuduk bawah telekung and Kak fisha tolong cover sikit. Sebabnya, kalau nak ambik dekat tempat wuduk selalunya lama gila beratur. Lagi-lagi perempuan. Lelaki takde masalah sangat.
Ladang kurma
Kena cuba makan buah kurma muda yang tak masak lagi, warna macam cerah tak gelap macam kurma biasa. Sedap!
Ladang kurma
Kena cuba makan buah kurma muda yang tak masak lagi, warna macam cerah tak gelap macam kurma biasa. Sedap!
Raudhah
Kawasan Raudhah adalah bercarpet hijau, sementara kawasan lain di Masjid Nabawi bercarpet merah. Raudhah sangat istimewa. Lama menunggu giliran untuk masuk dan solat di Raudhah, dekat 2 jam jugak rasanya. Untuk rombongan kami, ada ustazah yang memimpin untuk masuk ke Raudhah, kami bergilir menunaikan solat sunat dan menjaga orang bersolat. Memang kena kepung sikit, sebab orang berebut/tolak-tolak untuk masuk ke kawasan Raudhah dan sudah nya tiada tempat untuk bersolat. Raudhah juga tak dibuka sepanjang masa untuk perempuan, sebab tu berebut. Rasanya masa melawat Raudhah untuk jemaah lelaki lebih bebas dari perempuan.
Masuk-masuk sahaja di Raudhah, air mata terus menitik. Ada makam Rasulullah dihadapan Raudhah. Rasa sayu sangat. Rasa dekat sangat dengan Rasulullah, boleh rasa kasih sayang dan cinta dari Allah dan Rasulullah. Tiba-tiba rasa rindu sangat pada Rasulullah. Tak pernah rasa perasaan tu.
Sampaikan salam pada Rasulullah. Sampaikan salam yang dikirim orang lain. Rasa sedih sebab tak kenal Rasulullah, tak ingat sejarah Rasulullah. Allah datangkan rasa rindu dan rasa betul-betul nak bertemu Rasulullah. Alhamdulillah, Allah pinjamkan perasaan tu.
Kena hati-hati bila masuk Raudhah, sebab orang Malaysia saiz kecik je nak compare dengan orang negara lain. Ada orang memang rempuh je sebab nak masuk Raudhah. Serius masa tu rasa segannya dengan akhlak kita walaupun dah berhampiran sangat dengan Rasulullah.
No comments:
Post a Comment