Benar, Madinah dan Mekah kota suci. Tapi tak semua orang merasainya walaupun dah sampai sana. Antara pesanan orang-orang yang dah pergi umrah/haji sebelum kami berangkat ke sini adalah, DOA. Doa untuk semua benda. Malah kena doa untuk dapatkan perasaan istimewa tu dalam hati. Kadang-kadang, Allah tak bagi macam tu je sebelum kita berdoa.
Madinah |
Jujur masa di Madinah, perasaan aku masih sangat biasa. Yang lainnya adalah, kami akan solat di masjid untuk setiap waktu. Aku berdoa supaya Allah beri rasa istimewa tu pada aku. Sungguh memang aku tak tahu rasa istimewa tu apa, tapi aku terus berdoa je sebab itu yang Omer doa sebelumaku ke sana, dia kata supaya aku jumpa sesuatu istimewa di sana, even aku tak tahu apa dia.
Dari Madinah ke Mekah |
Sampailah dalam bas nak bergerak ke Mekah, barulah aku ada terasa sayu sangat nak tinggalkan Madinah. Perjalanan lebih kurang 7 jam jugak menaiki bas. Masa ni dah dalam ihram sebab nanti sampai Mekah akan terus buat Umrah.
Sampai di Mekah dah tengah malam Jumaat, lebih kurang pukul 12 lebih. Letak beg dekat hotel, makan malam dan kami akan terus buat umrah. Subuh pulak lebih kurang pukul 5.30 pagi tapi kami harus bergerak ke masjid sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu untuk solat dalam kawasan Masjid.
Badan penat sangat, perjalanan jauh. Takut tak larat nak buat umrah, tapi Alhamdulillah Allah mudahkan. Dapat selesai umrah dekat-dekat pukul 2 pagi dan dapat balik ke hotel rehat sekejap sebelum Subuh.
Jabal Rahmah
Siapa tak nak naik atas ni dan berdoa? Lagi-lagi doa jodoh? Tipu.
Ustaz pesan, kat sini tak payah la nak ambil gambar dengan unta ke apa. Mahal. Dan kalau ada orang offer nak ambilkan gambar kita pon jangan sebab dia akan charge mahal sangat. Baik ambil gambar sendiri2 guna phone masing-masing je. Dekat Mekah Madinah pon ada penipu dan pencuri ya.
Aku dengan Kak Fisha naik jugak sampai puncak atas tu tapi tak dapat gambar yang best sebab punyalah ramai orang. Kitorang gigih panjat batu-batu ni dengan jubah! (pakai seluar kat dalam jubah :p).
Naik atas tu pastu doa banyak-banyak, bukan jodoh je, doa rezeki dan ampun dosa jugak.
Dari dalam bas |
Rukun Umrah (senang gila- jangan takut)
1- Niat ihram umrah
2- Tawaf - wajib ada wuduk
3- Sa'ie - sunat ada wuduk
4- Bercukur/ Bergunting
5- Tertib
Untuk niat ihram tu nanti Mutawif akan bawak ke miqat untuk niat. Miqat ni kawasan yang membezakan tanah haram dan tanah halal. Takde apa pon. Dengar je ustaz tu bagi arahan kat mana nak niat.
Bila singgah mana-mana masjid, selalunya nak masuk tu macam penuh gila orang solat dekat2 pintu dan macam tak muat masuk. Lagi-lagi belah perempuan. Try je sehabis baik untuk masuk jugak sebab selalunya dekat belah dalam masjid ada lagi tempat untuk solat. Tak faham kenapa dorang ni suka solat dekat-dekat pintu, taknak cuba masuk dalam. Takpe la kena banyak sabar.
muzium dua masjid |
Muzium dua masjid
No comments:
Post a Comment