Assalamualaikum
Hari ni nak cerita tentang persiapan pertunangan untuk
si dummies.
Kenapa tetiba dummies pulak ni? Sebabnya, waktu kak mina tunang hari
tu memang rasa tak tahu nak buat persiapan
apa. Yang jelas dalam kepala ni cuma hantaran dan lauk masa kenduri je.
Yang mana hantaran tu disiapkan oleh kak mina sendiri dan lauk dimasak oleh
nenek ramlah.
So, selain tolong menyiapkan bahan untuk nenek memasak
lauk, kitorang memang rasa takde kerja lain. Sampaikan, Nisa anak Pak Lang yang
datang ke rumah sehari sebelum majlis, pelik kerana kami masih berlepak-lepak
seperti tiada apa. Katanya, cara kami seperti tiada kenduri pada keesokkan harinya.
Dia pula terasa macam dia yang over (terlebih risau) untuk kenduri tu. Sebenarnya banyak benda yang kena buat tapi
kitorang ni je tak sedar diri. Mujur ada saudara mara yang datang menolong dan cepat-cepat menyedarkan kami dari kekhilafan yang lalu. KAHKAHKAH
Disebabkan perangai kitorang yang entah pape tu,
bertebaran la kami anak beranak pada pagi kenduri itu untuk menyiapkan segala
benda. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Masuk bilik keluar bilik. Masa tu la
nak bentang carpet, alihkan kerusi meja, alihkan tv semua. Masalahnya, bukan
kitorang adik beradik je yang bersusah payah membanting-tulang. Pak Chim, Cik
Lia, Moksu Jiha, Pak Busu dan family Mak Chah pon turut bertebaran sama pada
pagi yang damai itu. HAHA. Maka terjadilah peristiwa Pak Chim panjat kerusi
untuk bersihkan kipas syiling di kediaman kami. Sorry lah Pak Chim, kitorang
sibuk pandang bawah, tak sempat pandang atas! Hehe
Ok jom kita mulakan
1) Hantaran.
Hantaran ni kalau macam kes kak
mina yang nak buat sendiri, kena mula beli bahan-bahan at least 2 minggu dari
tarikh majlis tu. Antara bahan yang penting untuk hantaran mestilah dulang
hantaran, bunga, hot-glue gun, dan reben. Tu kira barang wajib la, yang
lain-lain kalau korang nak tambah boleh je.
Untuk dulang hantaran, ada orang
bagi keperluan semasa majlis nikah (bagus jugak, boleh save budget). Contoh:
set baju melayu dengan kasut. Ataupun kalau nak sahut seruan EJ nak
#KeepItIlmiah sikit, bagi la buku Tips melayari Rumah Tangga ke, Mari Bercinta
#TillJannah ke. Hahahaha. Ok serius memang ada orang bagi buku dan aku suka je
tapi make sure korang jenis pembaca buku laa. Jangan jadi pengumpul buku dah
ler. *sila terasa sekarang* KAHKAH!
Selain tu, ada jugak yang bagi
makanan sebab orang kata tunang ni lambang kemanisan la konon. Tu yang bagi
makanan tuu. Contoh: coklat, kek, buah, gula-gula, pudding atau pulut kuning
ke. Apa- apa makanan pon okay je. Macam
kak mina memang berkonsepkan makanan tapi ada satu dulang sesat - set follow
me. Sebab Kak mi yang sponsor dulang tu, dia kata suka hati dia nak bagi apa.
HAHA
Sekarang kita beralih ke proses pengubahan hantaran pula*feeling2 tengah hosting gituu*. Bagi yang berkerja di siang hari dan bercadang untuk menyiapkan hantaran pada waktu malam, korang kena mula mengubah dan menghias hantaran seminggu sebelum majlis. Buat sikit-sikit. Mungkin sehari siapkan satu hantaran ke. Tapi kalau expert, lagi cepat korang buat, lagi bagus.
Bagi sesiapa yang rasa tak yakin atau rasa kurang kreatif tu, korang lagi kena mula awal proses mengubah. Sebabnya, mana la tahu kan, masa tengah gubah hantaran tu, gam habis la, bunga tak cukuplah, ada dulang yang nampak kosong laa. Jadi korang ada masa nak ke kedai dan menutup segala cacat cela kat dulang hantaran korang tuu.
At least seminggu okay! Supaya tak terjadi
peristiwa tidur pukul empat pagi untuk siapkan dulang hantaran macam kes kakak
aku ni. Kak mina start buat hantaran 2 hari sebelum majlis. :’)
Contoh hantaran buatan sendiri |
Ni kek sponsored by Moksu Jiha. *ok aku tak tahu mcm mana nak rotate gmbr* |
2) Bilik pengantin
Bab nak mengemas dan menghias bilik
pengantin atau bilik-nak-sarung-cincin ni, memang tak teringat langsung! Mujur
ada Nisa, dia yang settle-kan bilik ni dgn kak mina. Letak bunga-bunga sikit,
sembur wangi-wangi sikit *amboi kemain sangat*. Pentingnya bab menghias bilik
ni untuk menjamin kecantikkan gambar masa sarung cincin nanti. >.<
Kak Fiza sebagai tukang solek |
Kalau kahwin ke tunang ke mesti ada scene macam ni. konon-konon tanya 'sayang, u dah sampai mana tu?' Benci tau. |
3) Khemah/ Tempat orang makan
Family aku ni walaupun buat
kecik-kecik (takde ajak orang luar), kena pasang khemah jugak. Sebabnya, sedara
sendiri pon dah ramai, campur dengan orang sebelah yang katanya lebih 10 buah
kereta, memang kena pasang khemah la. Ayah sewa satu je khemah tempat orang
makan.
4) Ruang tamu / Tempat duduk tetamu
Ruang tamu kena kosongkan supaya ruang tu jadi luas. Iyalah dah datang 10 buah kereta, tak ke ramai orang tu? Mana cukup nak duduk atas sofa empuk korang tuu. Korang kena alihkan meja, kerusi dan barang-barang yang boleh menghalang keluasan ruang tamu. Ruang yang luas ni penting sebab selain tetamu nak duduk, barang hantaran nanti nak diletakkan di tengah-tengah umat manusia tu.
5) Juadah
Juadah yang dihidang bergantung
pada waktu majlis itu berlangsung. Kalau majlis petang, buat minum petang je.
Senang tak payah penat-penat.
Majlis hari tu mula pukul 12 tengahari, so kena hidang nasi la. Orang Melayu dengan nasi ni berpisah tiada. Lauk kenduri yang dimasak oleh nenek ialah asam pedas daging, telur masak kicap,ikan kering dengan apa entah lagi, tak ingat. hehe
Majlis hari tu mula pukul 12 tengahari, so kena hidang nasi la. Orang Melayu dengan nasi ni berpisah tiada. Lauk kenduri yang dimasak oleh nenek ialah asam pedas daging, telur masak kicap,ikan kering dengan apa entah lagi, tak ingat. hehe
Agar-agar bunga ros buatan nenek. |
Juadah semasa majlis penting
sebenarnya tapi kenapa dia jadi no 5? Hahaha.. sebabnya, masa kenduri hari tu,
aku bukan ahli department dapur. Jadi aku tak tahu apa yang jadi sangat kat
dapur tu. Yang aku tahu, nasi yang masak pakai rice cooker tu jelantah. Tapi,
orang2 department dapur ni memang superb kan, siap ambil daun pisang, kukuskan
balik nasi tu atas api dapur. Kan dah jadi nasi kukus daun pisang!
Nenek! |
6) Lain-lain
Yang kat atas-atas ni, persiapan tuan rumah untuk buat majlis pertunangan.
Benda- benda lain yang aku tak cerita macam cincin dan baju untuk tunang tu orang yang bertunang sendiri kena fikirlah. Haha. Iyalah takkan nak tunang boleh lupa
cincin pulak kan.
Cerita ini berdasarkan pengalaman kak mina tunang hari tu je. Okay? Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Sorry kalau ada terlebih terkurang J
Counting our blessings people :)
Sorry kalau ada terlebih terkurang J
Counting our blessings people :)
Tahniah sayang. Mari meninggalkan cerita untuk cucu-cucu kita nanti. :)
ReplyDelete