Tuesday, September 05, 2017

Umrah Part 4


Dataran Masjidilharam
Masjidilharam
Selalunya sejam sebelum azan, pintu masuk masjid akan di tutup sebab dah ramai dalam masjid. Yang lambat akan solat di dataran masjid.
- Bawak plastik/beg kecik untuk letak selipar dan bawak bersama masuk masjid. - Tiada kehilangan selipar!
- Kalau lambat, nanti solat dekat ruang yang bercampur lelaki perempuan.
- Kalau boleh dapatkan ruang solat yang boleh nampak kaabah. Kawasan ni biasanya sesak, orang bersempit-sempit jugak nak masuk saf walaupun takde ruang.  Tapi masa kitorang tu banyak renovation so byk kawasan dikepung. Kwsn yang nampak Kaabah sangat terbatas. Kesian kat Mak tak selesa solat macam tu, so kitorang banyak solat kat bahagian atas, lebih selesa dan asing lelaki perempuan. 

- Jalan-jalan melawat kawasan masjid sementara tunggu waktu solat/bila mengantuk. Ada kaunter dekat-dekat pintu yang distribute buku/pamplet agama kecik-kecik. Ada yang bagi biskut dan kurma bila lepas asar.



- Cari stokin yang ada biji-biji ni untuk tawaf. Masa tawaf, aku sarung je stokin mcm ni atas stokin biasa. Nak solat nnt bukak je. Kalau pakai stokin biasa je, nanti habuk banyak gila melekat dekat stokin, tak selesa nak solat. Habuk tak melekat dekat stokin biji-biji ni. Aku punya mmg jenis stokin bukan macam kasut bawah ni. Beli kat Madinah 10 riyal. Yang penting ada biji-biji ni.

gambar google

- Elak pakai telekung panjang camni masa tawaf. Orang bersesak sampai telekung ni tertarik ke sana sini :'(. 
Tak payah bawak kain telekung, pakai stokin je senang.
ni pakai kat madinah je okay?
Telekung hitam ringan. power!
- Tandas jauh kat luar, better bawak spray wuduk and doa tak nak buang air masa kat masjid. Sekali sekala boleh la melawat tandas dia kat bawah tu karang kena kecam pulak, dah pergi jauh-jauh tp tandas dia pon kau tak tahu cemana. 

- Otw ke masjid untuk solat Asar, singgah beli makanan. Sebab lapar gila nak tunggu sampai Isyak nanti perut masuk angin.

- Bebas makan kat masjid(Paling best!)- Ada orang tu siap makan nasi lagi masa buka puasa. Selamba bawak thermos, tuang air panas dalam cawan. Tapi kena cari ruang yang sesuai. Kawasan atas sangat strategik

- Ada ramai orang akan share food masa petang-petang antara asar hingga ke maghrib tu. Kadang-kadang dia belah je roti dia, bagi orang sebelah sikit. Kadang-kadang kurma, kacang. Ambil je la sebab dorang memang nak bagi. Kadang-kadang dorang ambil kan air zam-zam hulur kat orang :)

Ruang belah atas. Tiada perebutan
- Cleaner depa efficient gilaaa. Air tumpah, kejap je dia lap. Sediakan duit kecik, sedekah dekat cleaner, elak sedekah kat orang luar masjid (nampak meragukan)
Cleaner yg pakai tudung putih tu
- Kalau ada peluang, tawaf banyak-banyak. Ohh kat masjidilharam takde solat sunat tahiyatul masjid, di ganti dengan tawaf sunat.

- Belajar cara-cara/bacaaan solat sunat jenazah sebab setiap waktu akan ada solat jenazah. Habis- habis je solat, kat sini takde baca doa tau, terus je berdiri balik untuk solat jenazah. 

- Minum air zam-zam banyak-banyak! Sedapppp

- Ada banyak sangat ruang solat. Tingkat 1, tingkat 2, bawah tanah, belah dekat-dekat kaabah. Pergilah melawat masjid.

- Kalau sempat jalan-jalan dekat sekitar hotel, try makanan local sana. Kebab dorang best! Tapi kitorang tak jalan banyak ponn. Memang masa banyak kat masjid je, kesian pulak nak ajak Mak jalan banyak sangat. 




Air mangga dia power!
- Kalau sesat, doa jeeeeee! InsyaAllah jumpa balik jalan yang benar :p

Tu je kot setakat ni.

Blessed.

** kat sana panas terik, Mak baru tahu ada cataract sebelum pergi sana, pastu Mak selalu silau tak selesa. Kitorang pulak tak tahu and lambat belikan cermin mata hitam untuk Mak :'(

umrah part 3

Benar, Madinah dan Mekah kota suci. Tapi tak semua orang merasainya walaupun dah sampai sana. Antara pesanan orang-orang yang dah pergi umrah/haji sebelum kami berangkat ke sini adalah, DOA. Doa untuk semua benda. Malah kena doa untuk dapatkan perasaan istimewa tu dalam hati. Kadang-kadang, Allah tak bagi macam tu je sebelum kita berdoa.

Madinah
Jujur masa di Madinah, perasaan aku masih sangat biasa. Yang lainnya adalah, kami akan solat di masjid untuk setiap waktu. Aku berdoa supaya Allah beri rasa istimewa tu pada aku. Sungguh memang aku tak tahu rasa istimewa tu apa, tapi aku terus berdoa je sebab itu yang Omer doa sebelumaku ke sana, dia kata supaya aku jumpa sesuatu istimewa di sana, even aku tak tahu apa dia.

Dari Madinah ke Mekah
Sampailah dalam bas nak bergerak ke Mekah, barulah aku ada terasa sayu sangat nak tinggalkan Madinah. Perjalanan lebih kurang 7 jam jugak menaiki bas. Masa ni dah dalam ihram sebab nanti sampai Mekah akan terus buat Umrah.

Sampai di Mekah dah tengah malam Jumaat, lebih kurang pukul 12 lebih.  Letak beg dekat hotel, makan malam dan kami akan terus buat umrah. Subuh pulak lebih kurang pukul 5.30 pagi tapi kami harus bergerak ke masjid sekurang-kurangnya sejam sebelum masuk waktu untuk solat dalam kawasan Masjid.

Badan penat sangat, perjalanan jauh. Takut tak larat nak buat umrah, tapi Alhamdulillah Allah mudahkan. Dapat selesai umrah dekat-dekat pukul 2 pagi dan dapat balik ke hotel rehat sekejap sebelum Subuh.


Jabal Rahmah
Siapa tak nak naik atas ni dan berdoa? Lagi-lagi doa jodoh? Tipu.




Ustaz pesan, kat sini tak payah la nak ambil gambar dengan unta ke apa. Mahal. Dan kalau ada orang offer nak ambilkan gambar kita pon jangan sebab dia akan charge mahal sangat. Baik ambil gambar sendiri2 guna phone masing-masing je. Dekat Mekah Madinah pon ada penipu dan pencuri ya.



Aku dengan Kak Fisha naik jugak sampai puncak atas tu tapi tak dapat gambar yang best sebab punyalah ramai orang. Kitorang gigih panjat batu-batu ni dengan jubah! (pakai seluar kat dalam jubah :p).
Naik atas tu pastu doa banyak-banyak, bukan jodoh je, doa rezeki dan ampun dosa jugak.

Dari dalam bas
Rukun Umrah (senang gila- jangan takut)
1- Niat ihram umrah
2- Tawaf - wajib ada wuduk
3- Sa'ie - sunat ada wuduk
4- Bercukur/ Bergunting
5- Tertib

Untuk niat ihram tu nanti Mutawif akan bawak ke miqat untuk niat. Miqat ni kawasan yang membezakan tanah haram dan tanah halal. Takde apa pon. Dengar je ustaz tu bagi arahan kat mana nak niat.

Bila singgah mana-mana masjid, selalunya nak masuk tu macam penuh gila orang solat dekat2 pintu dan macam tak muat masuk. Lagi-lagi belah perempuan. Try je sehabis baik untuk masuk jugak sebab selalunya dekat belah dalam masjid ada lagi tempat untuk solat. Tak faham kenapa dorang ni suka solat dekat-dekat pintu, taknak cuba masuk dalam. Takpe la kena banyak sabar.

muzium dua masjid

Muzium dua masjid



Umrah part 2

Selain ia adalah tuntutan agama, sebenarnya mengapa orang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah? 
Kalau aku, ni antara sebabnya : 

Jabir r.h.u meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda '' Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di masjid lainnya, melainkan di Masjidil Haram. Satu solat di Masjidil Haram lebih baik dari seratus ribu kali solat di tempat lain''  (HR Ibnu Majah dengan sanad yg sahih)

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan kapal terbang. Kami sampai di airport Jeddah lebih kurang pukul 1.30 pagi waktu Jeddah. Waktu di Jeddah pula lambat 5 jam dari waktu Malaysia, jadi di Malaysia lebih kurang jam 6.30 pagi. 

Air Asia X
Airport Jeddah

Sampai je Jeddah, bermulalah dugaan sebagai tetamu Allah. Kami melepasi imigresen lebih kurang 5.30 pagi. Lebih kurang 4 jam menunggu dan beratur! (Tp menurut org lain, ini dikira cepat). Aku memang nak mengamuk dah kat situ. Punyalah perlahan pak Arab tu buat kerja. Siap bersembang-sembang lagi. Padahal orang beratur panjang. Aku okay lagi nak tunggu, tapi ada orang tua-tua. 
Kata Mutawif, jangan marah-marah, memang begitu kerja mereka. Anggaplah ini ujian kesabaran dari Allah untuk menjadi tetamuNya. Hmm tak boleh nak sambung marah. 
Jeddah

Kitorang solat subuh di Airport dan lebih kurang pukul 7.15 pagi bergerak ke Madinah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam.



Masa nak naik bas ni, ada ramai orang entah siapa-siapa entah tolong angkatkan beg masuk dalam tempat letak beg dalam bas tu. Sebab pemandu bas tak macam kat Malaysia tolong susunkan beg. Ni semua angkat sendiri, beg jadi bersepah dan banyak makan ruang. Orang-orang ni tadi la yang akan angkatkan beg masukkan jugak sampai muat. Tapi dorang ni bukan buat kerja free free je. Nanti dia hulur tangan cakap 'sadaqah haji, sadaqah hajjah'. Kena hati-hati. Duit yang ada kat tangan pulak semua duit besar-besar sebab baru tukar matawang. Paling kecil pon 50 riyal lebih kurang RM53. Amboi agak-agak lah engko nak suruh hakak sedekah sampai 50 riyal kat tempat orang. Teringat pesan Omer, kat sana jangan minta tolong orang sebarang, dorang semua ambil upah.


Madinah Al-Munawwarah

Madinah sangat besttttt. Tenang, aman, sejukkkk. Heee Im so in loveee :) 
Cik Lia kata mungkin sebab jasad Rasulullah ada kat situ. Entah? Tapi serius Madinah sangat loveable. Dan betullah nasihat yang kami terima untuk beli segala kurma, kismis, kacang-kacang di Madinah berbanding Mekah. Harganya lagi murah dan lagi banyak pilihan. 


Masjid Nabawi

Abu Hurairah r.h.u meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ''Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi di Al-Madinah Al-Munawwarah) adalah lebih baik dari seribu kali solat di tempat lain kecuali di Al-Masjidil Haram''  (HR Bukhari)

Banyakkan pahala solat di Masjid Nabawi? :')

Masjid Nabawi ni besar sangat dan kitorang tak sempat pusing-pusing tengok Masjid sebab stay kat Madinah 3 hari 2 malam je rasanya :(. Lagi pulak, Masjid Nabawi  asingkan tempat solat wanita dan lelaki tak macam Masjidilharam.



Sepanjang kat Madinah haritu payung besar atas ni tak pernah tertutup ponn. Orang kata waktu malam payung ni sepatutnya tutup, siang dia bukak sebab nak redup dari cahaya matahari. Tak tahu la cuaca sejuk sangat ke waktu tu so dia tak tutup ke. Entah. Takde rezeki nak tengok. Maybe next time!



Masa kat Madinah ni la baru nak adapt perubahan cuaca, perubahan aktiviti, perubahan masa. Selalu je aku tak dapat tahan mengantuk lepas Solat Maghrib sementara nak tunggu Isyak tu. Sayang sangat kalau nak balik antara Maghrib dan Isyak. Sebabnya masa singkat je dalam pukul 5.33 petang dah Maghrib dan Isyak pukul 7.03 malam. Dan kalau keluar nanti susah nak dapat solat dalam masjid sebab ramai orang.


Nak masuk masjid Nabawi ni, ada polis wanita jaga kat bahagian pintu solat wanita. Dia check beg. Katanya tak boleh bawak phone masuk sebab tak nak orang ambil gambar dalam masjid dan ternampak aurat jemaah wanita lain. Tapi aku bawak je phone, simpan dalam beg tempat zip kecik. Sebab dia check yang tempat zip besar tu je. Ataupun letak kat poket seluar. Hihihi




Jadi, aku doa agar bila aku ambil gambar kat atas ni, takde la aurat jemaah yang terdedah, InsyaAllah.

Aku suka solat kat kawasan luar Masjid Nabawi sebenarnya, sebab kawasan terbuka, angin bertiup dingin, pandang atas ada langit terbentang cantik. Tapi angin sejuk sangat, Mak dengan Kak Fisha tak selesa.

Tengok gambar bawah ni Masjid Nabawi. Yang tengah-tengah tu lah Kubah Hijau. Kat bawah situlah ada makam Rasulullah dan Raudhah. Satu petak besar ni semua Masjid Nabawi tau. Yang tepi belah kanan gambar tu lah payung putih besar yang boleh bukak tutup bukak tutup tu.

Gambar Masjid Nabawi di Muzium Dua Masjid. Ayah kata Imam memang kat tengah2, ada makmum depan imam

Masjid Quba'

Masjid Quba' ialah masjid pertama yang dibina Rasulullah yang kita belajar kat sekolah dulu, yang atapnya dibuat dari pelepah tamar.


Mak dah start sakit mata time ni :(


Dari Sahal bin Hanif r.h.u Rasulullah s.a.w bersabda ; Sesiapa bersuci(berwudhuk) dirumahnya, kemudian dia datang di Masjid Quba, lalu dia sembahyang didalamnya suatu sembahyang, dia memperoleh pahala seperti mengerjakan satu umrah.  (HR Ibnu Majah dan Hakim dan disahkan)


Masjid Quba' ni kita akan singgah untuk solat 2 rakaat. Biasanya solat sunat Tahiyatul Masjid dan kalau sempat boleh la buat Dhuha 2 rakaat. 

Bukit Uhud

Peperangan Uhud yang terjadi  sewaktu zaman Rasulullah diambil sempena nama Bukit Uhud. Disini juga terdapat Perkuburan para Syuhada'






Sepanjang kat sini, elok sangat kalau sentiasa jaga wudhuk. Sebab ada banyak masjid dan kalau sempat, mutawif akan bawak ke beberapa masjid yang terkenal. Rugi kalau tak dapat solat sebab takde wuduk. Aku pernah amik wuduk dalam bas je guna spray. Ambik wuduk bawah telekung and Kak fisha tolong cover sikit. Sebabnya, kalau nak ambik dekat tempat wuduk selalunya lama gila beratur. Lagi-lagi perempuan. Lelaki takde masalah sangat.

Ladang kurma
Kena cuba makan buah kurma muda yang tak masak lagi, warna macam cerah tak gelap macam kurma biasa. Sedap!




Raudhah
Kawasan Raudhah adalah bercarpet hijau, sementara kawasan lain di Masjid Nabawi bercarpet merah. Raudhah sangat istimewa. Lama menunggu giliran untuk masuk dan solat di Raudhah, dekat 2 jam jugak rasanya. Untuk rombongan kami, ada ustazah yang memimpin untuk masuk ke Raudhah, kami bergilir menunaikan solat sunat dan menjaga orang bersolat. Memang kena kepung sikit, sebab orang berebut/tolak-tolak untuk masuk ke kawasan Raudhah dan sudah nya tiada tempat untuk bersolat. Raudhah juga tak dibuka sepanjang masa untuk perempuan, sebab tu berebut. Rasanya masa melawat Raudhah untuk jemaah lelaki lebih bebas dari perempuan.




Masuk-masuk sahaja di Raudhah, air mata terus menitik. Ada makam Rasulullah dihadapan Raudhah. Rasa sayu sangat. Rasa dekat sangat dengan Rasulullah, boleh rasa kasih sayang dan cinta dari Allah dan Rasulullah. Tiba-tiba rasa rindu sangat pada Rasulullah. Tak pernah rasa perasaan tu.

Sampaikan salam pada Rasulullah. Sampaikan salam yang dikirim orang lain. Rasa sedih sebab tak kenal Rasulullah, tak ingat sejarah Rasulullah. Allah datangkan rasa rindu dan rasa betul-betul nak bertemu Rasulullah. Alhamdulillah, Allah pinjamkan perasaan tu. 

Kena hati-hati bila masuk Raudhah, sebab orang Malaysia saiz kecik je nak compare dengan orang negara lain. Ada orang memang rempuh je sebab nak masuk Raudhah. Serius masa tu rasa segannya dengan akhlak kita walaupun dah berhampiran sangat dengan Rasulullah.


Unexpected Blessing - Umrah Part 1

Okay sebenarnya entry ni ditulis pada Feb 2016. HAHAHAHA.

**********************

Bismillahirahmanirrahim

Better late than never, right? ;p 

Peluang mengerjakan umrah pada 14 Disember 2015 hingga 24 Disember 2015 memang satu pengalaman yang manis dan sangat-sangat bahagiaaaa. Tujuan utama aku kena tulis jugak entry umrah adalah supaya aku terus mengingati moment- moment sewaktu mengerjakan umrah. Supaya rasa seronok berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah itu sentiasa aku rindui. Semoga Allah mengekalkan perasan ini. Aminn.

Alhamdulillah kami pergi 4 orang :)
Jujurnya dulu masa dengar Izzairin dengan Omer pergi umrah, aku rasa jealous sangat. Untung betul orang yang muda-muda dah pergi umrah ni. Selalu terfikir yang 
'kita orang biasa ni, bila la nak dapat peluang macam tu'. 

Dah tu Izzairin dengan Omer tu bukan orang biasa? Alien? 
Aku sendiri pon tak pernah terfikir yang aku boleh pergi umrah masa umur 22 tahun. Tapi tengok, dah pergi dah pon. So korang pon boleh! Kebanyakkan orang selalu rasa yang dia belum mampu untuk pergi umrah. Tak mampu dari segi kewangan, amalan, ataupun senang cerita kita ni biasa akan pergi umrah mungkin dalam umur 40 tahun ke atas macam tu. Kannnn? :(

Tapi rugi tauu kalau tunggu tua, takut tak sempat. Ayokk, baik kumpul duit dari sekarang!

 


Kata Mak, Mak memang ada plan dengan Ayah nak pergi umrah dalam tahun 2015, kalau tak dapat lagi tawaran menunaikan haji. Plan aku dengan Kak Fisha pulak nak pergi umrah dalam 2 tahun akan datang, bila dua-dua dah start kerja ni. Tapi tiba-tiba dalam lepas raya Aidilfitri tu, aku dengan kak Fisha termasuk sekali dalam plan mengerjakan umrah mak dengan ayah. Atas alasan lepas ni tiada lagi istilah mahram tumpang. 

Dan lepas tu Along pon start la survey pakej umrah untuk kitorang. Kak Nadiah siap buat kira-kira mana nak dapat duit untuk back up andai aku dengan kak Fisha tak cukup duit. Hihi


So Umrah Desember adalah umrah musim sejuk chu ollss. Kekeke. Tapi walaupun umrah musim sejuk, takde salji pon kat sana! Matahari terpacak je atas kepala. Panas terik jugak sampai cermin spek aku jadi gelap habis. Yang boleh dijadikan indikator musim sejuk ni, aku rasa sebab angin dia. Kadang-kadang angin bertiup perlahan je, kadang-kadang kuat. Bergantung pada tempat. Angin ni yang sejuk! Boleh jadi sejuk gilaa. 

Madinah lagi sejuk kalau nak dibandingkan dengan Mekah. Ada sekali tu, mutawif cakap suhu kat Madinah 10' C. Memang terus pakai baju berlapis-lapis la cerita dia. Time tu aku pakai Tshirt lengan panjang, tracksuit, sarung jubah and last sekali sarung telekung. Barulah boleh berjalan keluar dari hotel dengan tenang, lagi-lagi waktu sebuh. Phewww

Suhu dekat Mekah pulak sekitar 20'C hingga 25'C. Masih sejuk bila waktu subuh, tapi takde la sampai pakai baju berlapis. Cuma ada sekali tu pergi solat subuh terpakai pulak palazo, memang menggigil-gigil la kaki tahan sejuk sampai balik hotel :'(

Panas tapi sejuk! Ni kat Madinah. Bukit Uhud.


Kebanyakan jemaah kitorang ni pergi berkeluarga dalam 3 atau 4 orang. Jadi 1 family dapat lah 1 bilik tak payah share dengan orang lain. 


Hotel di Madinah
Hotel di Mekah
Jarak hotel kitorang dekat Madinah dengan Masjid Nabawi dalam 15 minit (kot, dh tak ingat. HAHA) jalan kaki. Tapi tak terasa sangat sebab jalan terus je nak ke masjid, lalu bangunan-bangunan hotel jugak.
Hotel kat Mekah yang jauhhhhh. Pluss bentuk muka bumi Mekah ni pulak jenis berbukit-bukit. Jadi, berjalanlah kami lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Masjid. Takpe takpe  banyak langkah ke masjid, banyaklah pahalanya *pujuk diri sendiri*. Perjalanan pulang ke hotel pula mengambil masa lebih kurang 30 minit disebabkan jemaah yang ramai dan bergantung kepada usaha pendakian untuk pulang ke hotel. Sobs.

 Kawasan dataran Masjidil Haram
Masa kat sana kitorang tak banyak ambil gambar ponn. Nak fokus beribadat katanyaaa. HAHAHA okay tipu je! Nampak tak banyak kepala kat gambar atas ni? Ni nak kena jalan sampai bangunan depan tu, barulah keluar dari kawasan dataran masjid. Pastu nak mulakan pendakian lagi. Nak suruh aku keluarkan phone ambik gambar tengah crowded macam ni, kang ada yang aku bertukar jadi makhluk hijau, haa terus semua orang bagi laluan takde orang nak dekat dahh.
Tapi jangan risau lah aku tak buat benda-benda tu. Hati kena jaga. Sabar kena tinggi! Walaupun tak tinggi mana pon, at least kena ada usaha kan? Hee. 


Luar kwsn Masjidil Haram
Kak Fisha je yang rajin tangkap gambar ni. Yang pasti memang ramai sangat orang, yang nak balik hotel, yang nak masuk kawasan dataran/masjid, belum kira yang jalan stuck sebab orang nak keluarkan phone sebab nak ambil gambar/video lagi. Sebaik time tu takde ig live/story lagi.
Aku doa takde phone yang jatuh je la tengah-tengah orang ramai ni. Bukan apa takut dia kena pijak je masa bongkok nak ambik phone tuu.

Our 1st Umrah.  *sepatutnya aku crop gmbr lantai byk sgt*

Yang pasti, seronok sangat kat sanaaaa. Please kumpul duit untuk pergi umrah lagiii! Heee. Seronok yang sangat seronokkkk. Tenang, damai, sejuk (ke sebab tengah musim sejuk?). Tak serabut fikir pasal kerja ke apaa. Memang fikir nak pergi beribadat je! Doa je lah apa-apa memang makbul! Sungguhhh

Try bayang, kita doa je terus makbul! Tak seronok ke?

Satu contoh : Sepanjang buat tawaf, mak memang berpaut lengan dengan aku. Sekali tu, tangan aku memang rasa lenguh sangat-sangat. Memang rasa nak lepas je tangan mak, tak larat betul. Tapi tak boleh lepas, takut terpisah nanti susah. Kat situ ramai orang. So masa tu memang tak tahu nak buat apa,doa je la. Aku pon doa supaya Allah hilangkan rasa sakit kat tangan aku supaya boleh pegang mak. Doa. Doa. Doa dan tup tup rasa lenguh kat tangan aku terus hilang. Hilang betul. Tak sakit dah. Rasa biasa je bila mak berpaut tu :'). Amazing, Alhamdulillah.

Masa buat umrah, aku memang jalan dengan mak je, Kak Fisha dengan Ayah kadang gerak sorang. Lepas tu, masa tengah sa'ie selalu doa jela untuk berjumpa semula. Memang sebelum habis rukun umrah akan jumpa balik, walaupun dalam ramai-ramai orang tuu. Memang jumpa balik. 

Maka nikmat Allah manakah lagi yang kamu dustakan?

Kat sana, aku doa supaya aku dapat pergi lagi Tanah Suci ni dengan semua ahli keluarga aku.
Aku pon doa semua orang dapat pergi umrah masa muda ni. Perasaan kat sana memang lain sangat. Dah boleh tanam keinginan untuk pergi sana okayy? Pastu usaha dan doa :)

Masjid Nabawi
I'm in loveeee
More to write, InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan.

Counting our blessing, people :)