Saturday, May 16, 2015

Thankyouuuuu

Assalamualaikum duniaaa~~


Ohh yaaa almost forgot.

I want to say a million million million thanks to all who had wish me for my birthdayyyy. I want to acknowledge all of you now so that afterwards i always remember that you guys are special to me, like i'm special to you too right? Hehe

Dont know how to rotate picture :(

Firstly, thanks to my family for the....

'harini birthday kak cik? Happy birthdayyyy'  

......birthday scene. Hahaha. But, its okay because that is totally my family. I am used to that scene or maybe i'm part of that too. Haha
( Q: why people hardly express their love to the family members? or maybe they do express but not in this lovey-dovey way? Why?)

Thanks to my extended family, awesome makcik-makcik and pakcik-pakcik, cousins for their thought.

Thanks to my GIGS. Love you guyss. Most of you wished me on that day but sorry I'm not screenshot any of that. It had been long-long, old-old conversation guys :'(

Thanks to my Homies and Physioxvi. Thanks Fiqaa for the korean-birthday song? ..that i'm not able to understand what she said. Idk since when she be a kpop girl. Hahaha. Thank you as well for the gift and of course the cake. Dap dappp :*


Thanks to all of you who had wish me privately in WhatsApp while you can wish me through WhatsApp's group, you choose to do privately. I'm so touched with your effort. (me myself not really wish people privately, and badly sometimes just copy and paste the wishes. Shame on me.) Personally, i think its kind of fun doing this copy and paste thing, but we as a human, sometimes we hope to get special treat too, right? Okay noted.

Thanks adik Noni, the sweet talker. ;p
Thanks to Ain and Anor. Anor played guitar while singing a birthday song (as i requested. HAHA) :')




Actually, I only have small circle of friends, right? I know i know, but its okay. I still thank Allah to let us knowing each other. :)

I write all this just for me to remember their wishes and thought. Have no other intention. Peaceee

I love you everyoneee till jannah. Gitteeww :*

         


  

And lastly, thanks to kak pikahhhhhh. Aww, that really a sweet-side of youuu, kann? She wrote a birthday wish for me in her blog. Before this i remember she did once but not sure the exact year. I know you love me *wink*




p/s : I put link to your post so that i can remember your sweetness because it come like never-come? Muehehe just kidding sis :*
http://blackforestdaim.blogspot.com/2015/04/sanah-helwah-nz.html

counting our blessings, people :)

Friday, May 15, 2015

no caption, maybe? LOL *blah sekarang*

Assalamualaikum, 

ni nak tanya sikit.

Memang semua orang kalau dah sign in blog, memang macam ni eh perangai dia? 

MANA KAU KATA NAK UPDATE BLOG NYAA ZIHA OIII?

Dulu bila aku baca blog orang lain, dorang selalu guna ayat 'blog berhabuk lama tak update' aku macam.... pebenda kau ni? Okay lah kau mmg dah lama tak update, tapi asal berhabuk??

Sekarang bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru lah kau tahu! haha
Tapi aku tak nak tulis berhabuk jugak. Its just, haiiii lama tak lama nampak muka kauuuu *lelambai*  Kekekeke

Hmm.
Macam-macam perasaan sebenarnya sekarang niiiii :'( .
Ada banyak nak tulis dari memula masuk kerja dulu, tapi sekarang dah tak tahu nak mula dari mana.
Niat  asal masa mula blogging dulu supaya aku dapat tulis semua kisah gembira dalam hidup, supaya bila aku sedih atau bosan atau datang perasaan macam sekarang ni (aku tak tahu apaaa), aku boleh baca balik dan mengembirakan semula hati ni sekaligus menjadikan aku lebih bersyukur! 

Tapi sebab tak tulis,ni sekarang nak baca apa hah?? jawab, jawab! Hahaha

Ada banyak je momen best dalam hidup yg aku pernah rasa nak di-blog-kan sbb aku suka sgt time tu. contoh; masa kerja SKP jaga istiadat konvokesyen. Sebab tu pengalaman baru sangat. Dapat lah pakai jubah degree, master, pakai ANC (utk pelajar cemerlang), dapat masuk dewan time sidang konvo berlangsung, dapat balik lambat sbb orang nak pulang jubah (thanks!), dapat makan taksedap dekat Dataran Cendikia ke apa entahh nama tempat makan sebelah Kolej Melati tu (syukur masih makan). Hahahaaaaa
Sekarang sebenarnya perasaan best tu dah takde sangat kot. Sebab dah lama kann, tp ni bila ingatkan sikit-sikit pon dah berbunga sikit hati. Hahaha #MudahTerhibur betul!
Ya, masih banyak yg perlu disyukuri.

Sekarang mungkin aku banyak sangat fikir. Tapi kalau kau tanya fikir apa? Aku pon tak tahu nak jawab apaa. Sebab aku pon tak tahuu. hahaha.
kalau tak fikir, otak kosong sangat pon tak suka jugak. Takut nanti memang dah hilang skill berfikir tu. Ya, pada aku berfikir tu satu skill/kemahiran yang kita kena latih. 

Bagi aku, kalau dari awal kita tak mahu/mengelak/malas untuk berfikir (atau mengambil kisah) ,  lama-lama kita boleh jadi orang yang tidak berfikir langsung. Nauzubillah. Astaghfirullah :(

Okay mungkin akan start balik menulis ni. Mungkin pasal ilmu Physio kot? Supaya aku sentiasa refresh my knowledge and apply it correctly! Go zihaaa! 

Istighfar atas istighfar :'((((((

counting our blessings, people :)

Monday, December 01, 2014

I'm graduated, people. part 1

Assalamualaikum si cantik si kacak semuaaa :)


 UiTM konvo ke-81, sidang 3

It's my convocation dayyyy, people!! *fireworks depan belakang kiri kanan*

''Tak payah nak poyo sangat la, diploma je ponn''
'' isyh suka hati orang laa'' *jeling*


Acap ni selamba je rampas bunga kibas kat muka aku
Nasib sayang!

Finally~ it's happening! gituuu. HAHA

Jadi setelah menempuhi ranjau kehidupan sebagai pelajar diploma fisioterapi UiTM selama 3 tahun, akhirnya konvo jugak aku pada tarikh 23 November yang lalu. Alhamdulillah!!!

Tiga tahun untuk menghabiskan diploma adalah waktu yang sangat panjang dan susah bagi aku. Ya, orang mungkin kata 'belajar mana ada yang senang, semua sama je susah dia'. Tapi, untuk aku yang tak minat subjek Sains ni, terasa berjuta-juta-juta-juta kali susah dia! 

Aku tak pasti sama ada aku tak minat Sains sebab aku tak pandai Sains ataupun tak pandai Sains sebab tak minat Sains. 
Yang aku pasti, aku minat Matematik dan aku pandai Matematik! KAHKAHKAH *selebet je perangai puji diri sendiri :')* 

Walau pandai macam mana pon Matematik aku (masih memuji diri sendiri), aku  tak sambung dalam bidang Math pon.

Fisioterapi. Jauh sangat dari math. Sangatlah tulen ilmu Sains-nya. Teringat peristiwa turun naik bilik kaunseling semata-mata nak tukar aliran. Bukan setakat tak ambil Sains Tulen, tak nak ambil Sains langsung. Nak masuk kelas Akaun! HAHA

Aku selalu rindu perasaan belajar Add Math. Walaupun payah nak dapat jawapan, walaupun soalan macam tak logik tapi hati bahagia dan excited je nak selesaikan semuanya. 
Lain sangat bila kita belajar apa yang kita minat dengan belajar apa yang kita tak minat. Sepanjang 3 tahun ni, aku bermain-main dengan emosi. Kena tanam minat dalam bidang Sains. Kena baca banyak sangat fakta. Kena faham. Kena ingat. Kena lukis. Kena belajar tidur lambat. *nangis*

Setiap kali practical, mesti ada je insiden air mata. Siap nak berhenti belajar bagai. Sampai pernah terfikir apa 'worst thing can happen' kalau aku berhenti belajar. Kahkahkahh. 

Siapa suruh pilih Fisioterapi masa lepas SPM dulu kan. Padan muka! Jujurnya, aku pilih fisioterapi sebab nama dia nampak macam gah je masa tu. Kalaulah nama kursus tu Diploma Pemulihan Anggota, mungkin aku tak pilih tu sebagai pilihan pertama aku. Hahaha


kak nadiah pon kena fikir jgk apa worst thing
 happen kalau aku berhenti belajar tu. Haha
aku x kisah bunga sgt. Belon tu yg aku nak.
 tapi 5 minit je bertahan. Acap pecahkan! :'(

Aku tak faham kenapa bila konvo mesti ada adegan salam mak ayah, keluarga semua. Apa motif sebenar salam kat situ? Tapi aku salam jugak mak ayah sebab dorang nak balik dulu time tu okay.











okay, nantikan kalau ada part 2 tu. Hahaha. sekarang kena tidur. Esok kerjaaaa.

counting our blessings, people ;)

Thursday, October 16, 2014

The Concert Film

Assalamualaikum

12 oktober 2014-sebab nak melayankan Shasha, seorang Naziha telah pergi menonton 'The Concert Film' of One Direction:Where We Are. Sepanjang aku jaga nenek ni, Shasha lah yang banyak bawak aku keluar menghilangkan kebosanan duduk kat rumah. Bawak pergi melaka, beli tiket bas, lepak kedai kopi jasin, pergi amik adik dia kat MRSM, tunggu shasha bank-in duit (ke ajar dia bank-in duit sebenarnyaa? HAHAHA love u sha :* ) Jadi, aku pon setuju la nak teman shasha tengok 1D sebab pikah pon tak dapat balik melaka kan. 
Shasha excited sangat nak tengok since dia dah minat 1D lama dah, sejak-sejak dia tersedar dari kesilapan dulu memilih-joe-jonas-sebagai-idola. (iya, joe jonas. Korang tak salah baca!)
Aku pon tak pasti apa yang ada dalam fikiran dia masa tu. Iyalah idola ni bukan ke orang yang kita kagumi dan role-model untuk dicontohi? Shasha takde nampak macam berminat nak jadi penyanyi. Aku tak tahu la pulak, mungkin shasha ada impian nak berlakon dalam camp rock kot? *husnuzonnn*



Camp rock 3

Berbalik pada tajuk kita, Concert film ni ala-ala macam kita ada kat stadium tengah tengok konsert 1D la, tapi ni tengok dekat screen wayang. Okay la jugak, sebab kalau pergi konsert betul pon, kecik je nampak orang kat atas pentas tu. Sudahnya, kena tengok dekat screen besar jugak kan?
Aku pulak memang jenis manusia minat muzik dan kalau bukak laptop tu mesti nak pasang head-phone kat telinga. I really enjoy anything related to music. *kan dah ter-italic kat situ. Hehe* Jadi, seronak la jugak perasaan tengok 1D walaupun aku bukan Directioner. Hahaha

Mula-mula sampai, kitorang pergi amik tiket kat kaunter dan dapatlah free poster sorang satu. Lepas tu tengah jalan-jalan kat JJ nampak ramai jugak pegang poster anddd mostly budak-budak perempuan belasan tahun! Sebagai gadis 21, malu sungguh jalan pegang poster time tu tau. Shasha yang peminat tegar tu pon malu, ni kan pulak aku! Rasa macam nak tinggalkan je poster tu. Tapi sebab dah besar kan? Tak boleh terlampau ikutkan perasaan! Maka, aku pon tenang berjalan pegang poster sambil buat muka memang-aku-pergi-tengok-1D-kau-jangan-cakap-pape! Huwaaa.. Segan gilaaaa :'( 


Directioner??? 

Dalam wayang - budak Cina sebelah aku kemain fanatik, siap nyanyi-nyanyi lagi serupa dia ada kat konsert tuu. Yang tu aku tak kisah lagi sebab dia nyanyi tak kuat sangat pon. Yang aku pelik tu, masa memula 1D keluar, sibuk korang nak jerit buat apa dik? Dia bukan ada depan kau ponnn. 
Peminat yang dalam konsert tu pon kemain sampai nangis-nangis! Aku tak faham kenapa nak nangis. Happy sangat sampai nangis? camtu? Shasha kata dorang tu masih jahil, duniawi je semua ni. Hahahaha shasha sengal! :D

Dulu, aku pernah ada hajat nak tengok konsert CN Blue, tahun lepas tak silap. Tapi mak tak bagi. Mak kata duit tu baiklah pergi belajar tajwid. *nangis sentap* 
Aku punya minat CN Blue sampai nak pergi konsert dia! Geleng-geleng kepala ayah dapat anak macam ni. HAHA. Sedih jugak la time tu. Nasib aku tak kumpul duit lagi, kalau tak lagi sedih! Bila fikir balik, mujur mak tak bagi. Shasha kata banyak kes orang mati overdosed lepas tengok konsert *bukan konsert CN Blue okay* 
Nauzubillah mati dalam keadaan macam tu kann. :'(
Lagipon kalau aku pergi tu mesti kena label jahil oleh kak shasha. *nangis lagi*

CN Blue  <3<3<3 Boice! hiks

So, sekarang aku takde la teringin nak pergi konsert lagi, walaupun konsert CN Blue :(  Tengok kat laptop je macam sekarang pon okay! Good ziha good! You're doing great. *pat myself* 

Ohh ada budak UM tu mintak kita poster 1D. Dia tak dapat pergi hari tu sebab ada camping. Kita kata tak boleh, I'm a directioner sekaranggg! Kahkahkah. Muah sikit awak yang kat UM tuu. :*

Counting our blessings, people :)

Tuesday, October 07, 2014

Persiapan Majlis Tunang For Dummies

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita tentang persiapan pertunangan untuk si dummies. 
Kenapa tetiba dummies pulak ni? Sebabnya, waktu kak mina tunang hari tu memang rasa tak tahu nak buat persiapan  apa. Yang jelas dalam kepala ni cuma hantaran dan lauk masa kenduri je. Yang mana hantaran tu disiapkan oleh kak mina sendiri dan lauk dimasak oleh nenek ramlah.

So, selain tolong menyiapkan bahan untuk nenek memasak lauk, kitorang memang rasa takde kerja lain. Sampaikan, Nisa anak Pak Lang yang datang ke rumah sehari sebelum majlis, pelik kerana kami masih berlepak-lepak seperti tiada apa. Katanya, cara kami seperti tiada kenduri pada keesokkan harinya. Dia pula terasa macam dia yang over (terlebih risau) untuk kenduri tu. Sebenarnya banyak benda yang kena buat tapi kitorang ni je tak sedar diri. Mujur ada saudara mara yang datang menolong dan cepat-cepat menyedarkan kami dari kekhilafan yang lalu. KAHKAHKAH

Disebabkan perangai kitorang yang entah pape tu, bertebaran la kami anak beranak pada pagi kenduri itu untuk menyiapkan segala benda. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Masuk bilik keluar bilik. Masa tu la nak bentang carpet, alihkan kerusi meja, alihkan tv semua. Masalahnya, bukan kitorang adik beradik je yang bersusah payah membanting-tulang. Pak Chim, Cik Lia, Moksu Jiha, Pak Busu dan family Mak Chah pon turut bertebaran sama pada pagi yang damai itu. HAHA. Maka terjadilah peristiwa Pak Chim panjat kerusi untuk bersihkan kipas syiling di kediaman kami. Sorry lah Pak Chim, kitorang sibuk pandang bawah, tak sempat pandang atas! Hehe

Ok jom kita mulakan

1) Hantaran.

Hantaran ni kalau macam kes kak mina yang nak buat sendiri, kena mula beli bahan-bahan at least 2 minggu dari tarikh majlis tu. Antara bahan yang penting untuk hantaran mestilah dulang hantaran, bunga, hot-glue gun, dan reben. Tu kira barang wajib la, yang lain-lain kalau korang nak tambah boleh je. 

Untuk dulang hantaran, ada orang bagi keperluan semasa majlis nikah (bagus jugak, boleh save budget). Contoh: set baju melayu dengan kasut. Ataupun kalau nak sahut seruan EJ nak #KeepItIlmiah sikit, bagi la buku Tips melayari Rumah Tangga ke, Mari Bercinta #TillJannah ke. Hahahaha. Ok serius memang ada orang bagi buku dan aku suka je tapi make sure korang jenis pembaca buku laa. Jangan jadi pengumpul buku dah ler. *sila terasa sekarang* KAHKAH!

Selain tu, ada jugak yang bagi makanan sebab orang kata tunang ni lambang kemanisan la konon. Tu yang bagi makanan tuu. Contoh: coklat, kek, buah, gula-gula, pudding atau pulut kuning ke. Apa- apa makanan pon okay je.  Macam kak mina memang berkonsepkan makanan tapi ada satu dulang sesat - set follow me. Sebab Kak mi yang sponsor dulang tu, dia kata suka hati dia nak bagi apa. HAHA

Sekarang kita beralih ke proses pengubahan hantaran pula*feeling2 tengah hosting gituu*. Bagi yang berkerja di siang hari dan bercadang untuk menyiapkan hantaran pada waktu malam, korang kena mula mengubah dan menghias hantaran seminggu sebelum majlis. Buat sikit-sikit. Mungkin sehari siapkan satu hantaran ke. Tapi kalau expert, lagi cepat korang buat, lagi bagus. 

Bagi sesiapa yang rasa tak yakin atau rasa kurang kreatif tu, korang lagi kena mula awal proses mengubah. Sebabnya, mana la tahu kan, masa tengah gubah hantaran tu, gam habis la, bunga tak cukuplah, ada dulang yang nampak kosong laa. Jadi korang ada masa nak ke kedai dan menutup segala cacat cela kat dulang hantaran korang tuu.
At least seminggu okay! Supaya tak terjadi peristiwa tidur pukul empat pagi untuk siapkan dulang hantaran macam kes kakak aku ni. Kak mina start buat hantaran 2 hari sebelum majlis. :’)

Contoh hantaran buatan sendiri


Ni kek sponsored by Moksu Jiha. *ok aku tak tahu mcm mana nak rotate gmbr*


2) Bilik pengantin
Bab nak mengemas dan menghias bilik pengantin atau bilik-nak-sarung-cincin ni, memang tak teringat langsung! Mujur ada Nisa, dia yang settle-kan bilik ni dgn kak mina. Letak bunga-bunga sikit, sembur wangi-wangi sikit *amboi kemain sangat*. Pentingnya bab menghias bilik ni untuk menjamin kecantikkan gambar masa sarung cincin nanti. >.<
Kak Fiza sebagai tukang solek


Kalau kahwin ke tunang ke mesti ada scene macam ni. konon-konon tanya 'sayang, u dah sampai mana tu?'
Benci tau. 


3) Khemah/ Tempat orang makan
Family aku ni walaupun buat kecik-kecik (takde ajak orang luar), kena pasang khemah jugak. Sebabnya, sedara sendiri pon dah ramai, campur dengan orang sebelah yang katanya lebih 10 buah kereta, memang kena pasang khemah la. Ayah sewa satu je khemah tempat orang makan.




Department air

4) Ruang tamu / Tempat duduk tetamu
Ruang tamu kena kosongkan supaya ruang tu jadi luas. Iyalah dah datang 10 buah kereta, tak ke ramai orang tu? Mana cukup nak duduk atas sofa empuk korang tuu. Korang kena alihkan meja, kerusi dan barang-barang yang boleh menghalang keluasan ruang tamu. Ruang yang luas ni penting sebab selain tetamu nak duduk, barang hantaran nanti nak diletakkan di tengah-tengah umat manusia tu.











5) Juadah
Juadah yang dihidang bergantung pada waktu majlis itu berlangsung. Kalau majlis petang, buat minum petang je. Senang tak payah penat-penat.
Majlis hari tu mula pukul 12 tengahari, so kena hidang nasi la. Orang Melayu dengan nasi ni berpisah tiada. Lauk kenduri yang dimasak oleh nenek ialah asam pedas daging, telur masak kicap,ikan kering dengan apa entah lagi, tak ingat. hehe
Agar-agar bunga ros buatan nenek. 

Juadah semasa majlis penting sebenarnya tapi kenapa dia jadi no 5? Hahaha.. sebabnya, masa kenduri hari tu, aku bukan ahli department dapur. Jadi aku tak tahu apa yang jadi sangat kat dapur tu. Yang aku tahu, nasi yang masak pakai rice cooker tu jelantah. Tapi, orang2 department dapur ni memang superb kan, siap ambil daun pisang, kukuskan balik nasi tu atas api dapur. Kan dah jadi nasi kukus daun pisang!






Nenek!







6) Lain-lain
Yang kat atas-atas ni, persiapan tuan rumah untuk buat majlis pertunangan. Benda- benda lain yang aku tak cerita macam cincin dan baju untuk tunang tu orang yang bertunang sendiri kena fikirlah. Haha. Iyalah takkan nak tunang boleh lupa cincin pulak kan.






Kelibat. HAHA












Kak Mi dengan Abang daus takde masa ni. :'(



Cerita ini berdasarkan pengalaman kak mina tunang hari tu je. Okay? Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Sorry kalau ada terlebih terkurang J

Counting our blessings people :)

Titik Mula

Assalamualaikum.

Akhirnyaaaaa!! Setelah berbulan nak tulis blog, akhirnya lahir jugak blog ni! *lap peluh kat dahi* Lega dia tu macam dah siap tulis novel best seller, yang untung juta-juta dolar tu tauuu. Over kan? Hahaha.. Ni nak warning awal-awal la, hiperbola aku memang melampau sikit. Kikiki

Sebenarnya cita-cita nak tulis blog ni memang dah lama dah. Bila ada moment yang best mesti rasa macam nak tulis blog tapi sekarang baru dapat kesempatan tu. Apa-apa pon, Alhamdulillah!
Dulu, tujuan menulis blog adalah supaya aku ingat kembali detik-detik manis yang pernah aku lalui. Agar mampu mendidik diri sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah lantas membaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari, sekaligus mampu terus istiqamah dan kelak, sebagai topik untuk bercerita kepada anak-anak cucu sebelum tidur. Kahkahkahh

Tujuan kedua supaya aku boleh tulis dan ingat kembali saat-saat manis, suka-duka, sakit, jerih payah, seram sejuk ketika duduk asrama SIS dulu. Hahaha. Bosan kan? Takpe, yang tu korang tak payah baca. *gaya macam ramai followerssss gitu*

Ohh sebelum terlupa, jangan sesekali ada orang nak bising pasal url kat atas ni. Memang nampak macam obses dengan diri sendiri kan (27/4 tu birthday aku. Hiks!) tapi sebab susahnya nak pilih url tu la blog ni tertangguh berbulan lamanya tahu??

Disebabkan sekarang tengah jaga nenek, jadinya banyak la masa nak menulis blog ni. Harapnya, Allah beri kesempatan untuk terus menulis sebab bila kita mati, moga-moga tulisan yang baik ini memberi manfaat dan memberi ganjaran pahala buat saya. Tetiba keluar saya pulak kann :')

Akan cuba untuk tulis yang baik-baik saja okay?
I'm looking forward to myself!

p/s: dah lama sangat tak menulis, harap dimaafkan bahasa yang lintang pukang tuu. Hehe

Counting our blessings, people :)